Wednesday, 21 March 2012
Friday, 17 February 2012
teori konspirasi.
Nukilan
Peter Morris
1. BR1M
ok, yang pertama, Bantuan Rakyat 1Malaysia. serius aku tak tahu untuk apa. dia kata untuk bantu rakyat and all, tapi fikir elok-elok. RM500 yang di beri secara one-off, atau sekali sahaja. pernah tak kau dengar orang pakai RM500 untuk setahun ? pelik betul, dan nak menambahkan kepelikan dia lagi, benda ini hanya di berikan oleh ketua-ketua bahagian atau menteri atau wakil rakyat Barisan Nasional, tetapi, kerajaan kata, tiada niat politik. say what ? siap sempat minta pakcik-pakcik dan makcik-makcik tu untuk undi BN. no political motives huh ? walaubagaimanapun, aku suka tindakan rakyat yang mengambil duit ini, bak kata Nik Aziz "orang bagi, kita ambil, masa pangkah nanti, pangkah yang betul"
no political motives much ?
mungkin ada yang dah tahu tentang kewujudan duit-duit baru ini. ada 5sen, 10sen, 20sen, dan 50sen. tak lama lagi keluar pulak duit kertas RM1, RM5, RM10, RM100, serta kemunculan semula RM20 untuk menemani RM50 yang dah memang lama wujud. ok, the conspiracy starts here, seperti yang mungkin beberapa daripada korang tahu, jikalau sesuatu barang itu banyak, permintaan untuk barang tersebut akan menjadi sedikit, lantas menurunkan harga barang tersebut. ok, kalau tak silap aku, ini dipanggil supply-and-demand. kalau barang itu sedikit, permintaan untuknya, akan menjadi tinggi, seterusnya, meningkatkan harga nya. ok, dengan kemasukan wang yang banyak ini, duit kita akan menurun sedikit nilainya, seterusnya, menjadi kan kita semua, rakyat malaysia yang menggunakan RM, lebih miskin daripada yang sepatutnya, still with me ? ok, kemudiannya, dengan kewujudan duit yang banyak nie juga, senang untuk mereka membayar kepada orang asli, orang FELDA, serta orang-orang lain yang memang nak sangat duit dengan harapan mereka ini akan mengundi BN pada pilihanraya nanti. ini juga termasuk untuk membayar tentera atau ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk melompat parti sekiranya mereka kalah nanti. itu lah sebabnya kenapa banyak benda sedang hendak meningkat naik harga, supaya mereka ini dapat menyimpan sebanyak mungkin wang, supaya boleh digunakan sekiranya mereka kalah nanti, understand ?
cantik juga kan ? tapi malangnya banyak unsur Israel.
3. Kad Pengenalan Baru
ok, yang seterusnya, KP baru. mungkin ramai yang suka gila sebab boleh dapat KP baru bagai, but little did we know, benda ini lah yang akan boleh memenangkan BN nanti. ok, yang pertama, apabila kita pergi nak tukar KP lama, KP itu akan diambil, dan, mereka boleh senang-senang sahaja berikan kepada seorang warga Rohingya, Filipina, Indonesia, Bangladesh and etc, yang muka mereka sipi-sipi macam orang Malaysia. benda ini dah berlaku banyak kali dalam sejarah Malaysia, dan yang paling besar adalah di Sabah pada tahun 1994, di mana, di bawah Projek Mahathir, seramai 600,000 orang Filipina diberi kad pengenalan untuk mengundi BN yang pada ketika itu hanyalah pembangkang di Sabah, lalu berjaya mengalahkan kerajaan negeri pada ketika itu iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS). perkara ini telah menyebabkan penduduk Sabah menjadi minoriti di negeri sendiri kerana majoriti penghuni Sabah kini adalah pendatang asing. jikalau tak percaya, next vacation, sila lah ke Sabah, turun padang sendiri. kalau tak percaya juga, bolehlah bertegur sapa dengan orang-orang Indonesia di sekeliling kawasan rumah korang, mesti korang dapat jumpa sorang-dua yang dapat KP masa nak dekat pilihanraya, tetapi di batalkan selepas habis pilihanraya. bila dah keluar KP baru, memang senanglah orang-orang pendatang asing jadi rakyat malaysia buat sementara waktu.
KP baru, macam tak beza sangat pun, tapi sungguh licik.
setakat ini je dulu aku boleh bagi tahu tentang perkara ini, sebab aku terlupa dah nak tambah apa tadi, atas kereta tadi dah ada dah, tapi terlupa pulak, nanti ada masa nanti, aku tambah lagi.
P.S :- bukannya aku nak suruh korang undi Pakatan Rakyat atau BN, just nak bagi tahu korang semua yang kerajaan kita ini, is not what it looks like, sentiasa skeptikal dengan dorang ni. dorang ni memang suka ambil kesempatan terhadap kita. lepa mata, RM250 juta duit mak bapak kita dia buat makan.
Sunday, 29 January 2012
awak.
Nukilan
Peter Morris
tengah hari tadi lah nie, alang-alang tak tahu nak buat apa, ternampak ada kertas pink kita beli hari tu, sempat buat dua tiga. ini untuk awak tau. nanti kita jumpa nanti, saya bagi kat awak.
Wednesday, 18 January 2012
Boo. :D
Nukilan
Peter Morris
P.S :- ilysvm boo ! btw, selamat tahun baru masihi kepada semua, rasanya tak terlambat sangat kut untuk ucap, kan ?
Saturday, 31 December 2011
dua ribu sebelas.
Nukilan
Peter Morris
april sampai jun pula, banyak post, banyak nya mengarut, masa nie banyak yang terjadi. april dimulai dgn aku pergi lawan debate, dapat best speaker untuk first round, tapi kalah second round, inilah kali pertama aku nampak puan maziah senyum sahaja memanjang, terima kasih cikgu. masa bulan april juga, aku pergi lawan kawad kaki peringkat daerah, jadi juara keseluruhan. lepastu, ke kawad kaki peringkat NGO, tapi kalah, hanya merangkul tempat ketiga. ok, ayat aku memang bajet gila, but bare with me. haha. mei pula mengenalkan para pembaca kepada "si dia" , bulan nie juga, memberi aku tiga orang adik angkat . Jun pula banyak benda tak baik jadi, aku banyak berfikir masa bulan jun, banyak benda terjadi, dan semuanya terlampau laju, satu lepas satu. yang paling tak boleh lupa adalah kecederaan aku tu, yang memang aku type post tu sambil tangan aku berdarah. second part .
julai sampai september pula. julai memang tak banyak post, sibuk, ada larian satu malaysia dan berjaya ke semi-final futsal sekolah. ogos, puasa, tak banyak post, malas nak buka internet, takut terbuka benda lain, dan masa ni lah datangnya miss F . bulan september pun tak banyak benda berlaku, cuma peristiwa yang paling pedih adalah apabila hilang dua sekali, ada yang faham apa yang aku merapu ni, yang tak faham, buat-buat faham tau.
chapter terakhir, oktober sehingga disember. oktober agak baik kepada aku, aku dapat markah bagus dalam english , plus, gaddafi meninggal bulan tu juga, memandangkan aku ni seorang mat saleh celup dan seorang pejuang kebebasan, bulan ni sangat baik. masa bulan ni juga lah aku kenal dengan "ehem-ehem" hi awokk. :D . november sangat sibuk, SPM ! "ehem-ehem" sentiasa ada masa ni, terima kasih awokk ! bulan ni pun tak banyak benda sangat, just yang malaysia menang pingat emas bola sepak lawan indonesia di sukan sea. banyak berfikir je masa ni, nothing more. disember macam-macam ada. yang paling best adalah habis SPM , kemudiannya ke PC Fair, lepas tu, awokk !! haha. gerhana bulan pun ada terjadi masa bulan disember, plus birthday aku pun bulan ni juga, serta post khas untuk awokk .
P.S :- kepada yang berminat, boleh lah tekan link-link tu, tak perlu nak search banyak-banyak, kerana banyak post aku adalah merapu, jadi, yang mana aku letak tu, memang yang paling bagus, silalah baca. kepada semua readers, selamat tahun baru kepada semua, semoga tahun baru ni, membawa banyak kebaikan kepada anda, keluarga serta masyarakat dan negara. insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





