april sampai jun pula, banyak post, banyak nya mengarut, masa nie banyak yang terjadi. april dimulai dgn aku pergi lawan debate, dapat best speaker untuk first round, tapi kalah second round, inilah kali pertama aku nampak puan maziah senyum sahaja memanjang, terima kasih cikgu. masa bulan april juga, aku pergi lawan kawad kaki peringkat daerah, jadi juara keseluruhan. lepastu, ke kawad kaki peringkat NGO, tapi kalah, hanya merangkul tempat ketiga. ok, ayat aku memang bajet gila, but bare with me. haha. mei pula mengenalkan para pembaca kepada "si dia" , bulan nie juga, memberi aku tiga orang adik angkat . Jun pula banyak benda tak baik jadi, aku banyak berfikir masa bulan jun, banyak benda terjadi, dan semuanya terlampau laju, satu lepas satu. yang paling tak boleh lupa adalah kecederaan aku tu, yang memang aku type post tu sambil tangan aku berdarah. second part .
julai sampai september pula. julai memang tak banyak post, sibuk, ada larian satu malaysia dan berjaya ke semi-final futsal sekolah. ogos, puasa, tak banyak post, malas nak buka internet, takut terbuka benda lain, dan masa ni lah datangnya miss F . bulan september pun tak banyak benda berlaku, cuma peristiwa yang paling pedih adalah apabila hilang dua sekali, ada yang faham apa yang aku merapu ni, yang tak faham, buat-buat faham tau.
chapter terakhir, oktober sehingga disember. oktober agak baik kepada aku, aku dapat markah bagus dalam english , plus, gaddafi meninggal bulan tu juga, memandangkan aku ni seorang mat saleh celup dan seorang pejuang kebebasan, bulan ni sangat baik. masa bulan ni juga lah aku kenal dengan "ehem-ehem" hi awokk. :D . november sangat sibuk, SPM ! "ehem-ehem" sentiasa ada masa ni, terima kasih awokk ! bulan ni pun tak banyak benda sangat, just yang malaysia menang pingat emas bola sepak lawan indonesia di sukan sea. banyak berfikir je masa ni, nothing more. disember macam-macam ada. yang paling best adalah habis SPM , kemudiannya ke PC Fair, lepas tu, awokk !! haha. gerhana bulan pun ada terjadi masa bulan disember, plus birthday aku pun bulan ni juga, serta post khas untuk awokk .
P.S :- kepada yang berminat, boleh lah tekan link-link tu, tak perlu nak search banyak-banyak, kerana banyak post aku adalah merapu, jadi, yang mana aku letak tu, memang yang paling bagus, silalah baca. kepada semua readers, selamat tahun baru kepada semua, semoga tahun baru ni, membawa banyak kebaikan kepada anda, keluarga serta masyarakat dan negara. insyaallah.
No comments:
Post a Comment