Monday, 31 October 2011

Gaddafi.

Muammar Gaddafi sewaktu merampas kuasa circa. 1969

ok, mungkin korang semua pernah dengar nama ini. memang dah terkenal sangat dah nama ni, sapa yang tak kenal tu, boleh bawak bawak terjun bangunan. orang yang terkenal gila pun takkan la tak kenal. ok, nama dalam kad pengenalan dia adalah Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi. lebih dikenali dengan nama glamer dia Muammar Gaddafi. perkataan "Gaddafi" disebut sebagai "Qaddafi". dilahirkan pada bulan Jun 1942 di Qasr Abu Hadi. beliau membesar sebagai seorang badwi, di luar bandar Sirte, Libya. beliau adalah salah seorang ahli puak Arab Berber yang kecil yang bernama "Qadhadhfa". beliau memasuki sebuah sekolah rendah yang jauh dari rumah beliau di bandar Sabha, Libya, di mana beliau banyak terpengaruh dengan peristiwa yang melanda dunia Arab pada waktu itu. beliau sangat meminati Gamal Abdel Nasser, iaitu seorang kolonel Mesir yang telah bersama dengan Muhammad Naguib menggulingkan Raja Farouk dan menukarkan pemerintahan Mesir daripada sebuah negara raja berpelembagaan kepada sebuah republik. pada tahun 1961, Gaddafi memasuki Akademi Tentera Di Raja Libya (Libyan Royal Military Academy) dan tamat pengajian pada tahun 1966. walaupun beliau sering dikenali dengan pangkat "kolonel" hakikatnya beliau hanyalah seorang leftenan semasa beliau merampas kuasa pada tahun 1969. pada tahun 1976, beliau di anugerahkan oleh parti beliau sendiri iaitu Kesatuan Sosialis Arab (Arab Socialist Union) pangkat "mejar jeneral" tetapi meminta supaya sentiasa dikenali sebagai Kolonel Gaddafi. antara sebab utama beliau ingin merampas kuasa adalah kerana kekalahan memalukan negara-negara Arab semasa "Peperangan Enam Hari" yang melibatkan Israel dan negara-negara Arab seperti Syria, Mesir dan Jordan secara langsung. negara-negara Arab tadi juga telah dibantu oleh Iraq, Arab Saudi, Maghribi, Algeria, Libya, Kuwait, Tunisia, Sudan serta Barisan Pembebasan Palestin (PLO). Israel telah berjaya melawan serangan Arab dalam masa enam sahaja bermula 5 Jun sehingga 10 Jun 1967, serta telah dapat menakluk Semenanjung Gaza dan Semenanjung Sinai dari Mesir, Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis dari Jordan, serta Bukit Golan dari Syria.

Gamal Abdel Nasser

akibat daripada kekalahan ini, beliau merasakan perlunya untuk untuk menyatukan penduduk Arab, dan cara yang beliau rasakan terbaik, adalah dengan merampas kuasa daripada raja Libya pada ketika itu, Raja Idris. beliau, bersama-sama dengan rakan-rakan kadet tentera beliau telah berjaya melancarkan rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada 1 September 1969 semasa Raja Idris sedang mendapatkan rawatan perubatan di Turki. anak saudara Raja Idris, Putera Sayyid Hasan, yang ketika itu menjadi pengganti Raja Idris, telah ditahan, dan dikenakan tahanan rumah. secara formalnya Libya bertukar tangan daripada Raja Idris kepada Gaddafi. beliau telah menghapuskan sistem raja dan menggantikannya dengan sistem republik dan mengisytiharkan Republik Arab Libya. beliau banyak memberi kesenangan kepada rakyat beliau, kerana hasil asli Libya yang melimpah ruah serta jumlah penduduk Libya yang hanya berjumlah kira-kira 6 juta orang. akan tetapi, beliau seringkali menggunakan kekerasan apabila berhadapan dengan orang yang menentang beliau. dikhabarkan, sekiranya seseorang mengatakan sesuatu yang kurang baik terhadap kerajaan beliau, orang itu akan hilang dan tidak akan kelihatan lagi. kejadian ala-ala kediktatoran Jeneral Suharto di Indonesia ini, bukannya terjadi beberapa kali sahaja, tetapi banyak kali. ramai rakyat Libya yang mempunyai rasa marah terhadap beliau sejak berdekad-dekad yang lalu, tetapi hanya memendamnya di dalam hati, kerana bimbang akan tindakan yang mungkin diambil oleh Gaddafi. malahan, semasa Perang Saudara Libya yang baru sahaja tamat baru-baru ini, mana-mana keluarga yang mempunyai pertalian dengan pihak pemberontak, di ugut bunuh, malahan ada yang kehilangan ahli keluarga dan hanya menemui mayat ahli keluarga tersebut di luar rumah dua-tiga kemudian berserta nota mengingatkan mereka supaya tidak menyokong pemberontakan menentang kerajaan Gaddafi. Gaddafi juga sering membunuh rakyat yang menegur beliau atau meminta hak asasi manusia. kerajaan juga pernah membunuh 1200 orang penghuni Penjara Abu Salim pada 28 dan 29 Jun 1996 menggunakan tentera yang menembak dari atas bumbung penjara menggunakan senjata semi-automatik AK-47. mayat-mayat tersebut ditanam diluar kawasan penjara tanpa memberitahu ahli keluarga si mati. tulang belulang para mangsa kekejaman tersebut telah ditemui pada bulan September 2011 selepas Tripoli dibebaskan oleh Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC).

Penjara Abu Salim, Libya

pencarian tulang-belulang mangsa Penjara Abu Salim.

semasa tentera pemberontak semakin menghampiri bandar Tripoli pada bulan Ramadhan baru-baru ini, penghuni di penjara-penjara di sekitar kota Tripoli, yang kebanyakkanya adalah pemberontak anti-Gaddafi dan pejuang kebebasan politik, telah dibunuh dengan oleh tentera Gaddafi, yang kebanyakkannya adalah tentera upahan dari negara-negara Afrika seperti Niger, Chad dan Mauritania. pada peringkat permulaan pemberontakan, rakyat Libya meminta Gaddafi untuk berundur dan melepaskan kuasa dengan cara yang baik serta menjalankan pilihan raya dan memberikan kebebasan berpolitik kepada rakyat, tetapi, permintaan ini dipandang buruk oleh Gaddafi yang menyangka bahawa ini semua adalah kerja Al-Qaeda dan Barat untuk menjatuhkannya. beliau juga telah berikrar bahawa beliau akan mencari di setiap bandar, jalan, dan rumah pemberontak-pemberontak atau sesiapa yang hendak memberontak dan akan membunuh mereka. pada pendapat saya, seorang pemerintah tidak boleh mengugut rakyatnya sebegitu rupa, tugas pemerintah adalah untuk memimpin dan melindungi rakyat, bukan untuk mengugut dan membunuh. beliau juga sering berbangga dengan imej rendah diri beliau, sedangkan hakikatnya beliau mempunyai kemewahan yang rakyat Libya mahupun mana-mana rakyat hanya boleh bermimpi hendak miliki. beliau mempunyai dua buah jet peribadi, sebuah jet mewah untuk kegunaan beliau dan keluarga beliau, dan sebuah lagi khas untuk membawa khemah serta dua ekor unta beliau. di mana sahaja beliau pergi meninggalkan , beliau pasti akan tinggal di khemah kalis peluru beliau kerana takut akan tinggi, atau senang cerita, beliau gayat. beliau juga tidak boleh menaiki kapal terbang melebihi lapan jam.

jet peribadi beliau setelah dirampas rakyat Libya.

di dalam rumah beliau.

dahulu, aku sering memuji Gaddafi, malah ingin menjadi seperti beliau bila aku besar nanti, tetapi, setelah mendapat tahu banyak perkara buruk tentang beliau, aku mula membenci dia. aku akan menghormati seseorang pemimpin, asalkan dia tidak mengugut rakyatnya sendiri atau lebih teruk lagi, sanggup membunuh rakyat sendiri dan relaks sahaja seperti minum teh tarik pada pagi Sabtu. kini aku juga sudah mula membenci seorang lagi diktator, Presiden Bashar Al Assad, presiden Syria, kerana dia pun sudah mula membunuh rakyat sendiri. pada 24 Oktober lalu, mufti besar Libya, Sheikh Sadiq al-Ghariany telah mengisytiharkan bahawa Gaddafi telah murtad dan tidak boleh disolatkan. ini kerana mufti tersebut memberitahu bahawa semasa kehidupan Gaddafi, beliau menjalankan kehidupan seperti seorang bukan muslim. malahan, dikatakan juga bahawa Gaddafi pernah mengutuk Rasulullah. renungkanlah.

P.S :- dulu memang aku suka dia ni, tapi, setelah kekejaman dia banyak keluar dari rakyat Libya sendiri, aku mula membenci dia. aku benci diktator, aku benci pemimpin yang membunuh rakyat sendiri, aku benci pemimpin yang menyeleweng, aku benci pemimpin yang menganiaya rakyat, aku benci pemimpin yang menipu rakyat. terima kasih. tapi aku sayang semua reader aku!


Saturday, 29 October 2011

yakin.

yakinkan aku tuhan, dia bukan milikku, biarkan waktu hapus aku.
sedarkan aku tuhan, dia bukan milikku, biarkan waktu hapus aku...

Hari Ini.

hmm, rasanya, aku ni dah lama tahap gaban tak keluar, dah berbulan juga tak keluar, jadi, dengan bangganya aku isytiharkan, bahawa hari ini, aku keluar juga akhirnya. tak pergi kemana pun, setakat ke Selayang Mall. itu je tahap aku, aku bukan suka sangat pun Bukit Bintang, macam sakai sahaja tempat tu. penuh sangat dengan budak sekolah, malu aku kalau pergi situ, ramai sangat kenalan, nanti start lah jadi awkward bagai. berbalik kepada cerita asal tadi, hari ini, dengan semangatnya aku menempuh trafik  dari rumah aku, tunggu bas berzaman lamanya, memberanikan diri melintas jejantas di warta, dan sampai di Selayang Mall pukul 10 pagi. ya, memang betul pun, 10 PAGI!! pada mulanya, (pagi tadi) aku hajatnya nak ajak Andri, tapi call dia pagi tadi, dia cakap dia tengah beriadah di Taman Metropolitan, aku pun, ok, suit yourself. fikir punya fikir nak ajak siapa pulak, baru lah ternampak nombor Liyana dalam henset aku tu, terus call dia, dia tengah tidur lagi masa tu, aku sebut je nak gi jalan-jalan, terus bangun tidur. semangat punya pasal. pergi macam biasa saja lah, menempuhi trafik bagaikan hero hindustan dalam filem-filem hindustan, menyekat perasaan gayat semasa melintasi jejantas di warta macam Zed Zaidi nak tahan kencing dalam cerita Ngompol. berjalan je lah atas jejantas tu, cover macho. turun je jejantas, terus ada bas. di Selayang Mall tu, main 4 game boling, memang tangan aku ni kuat dan gagah perkasa. pukul 12 lebih camtu, aku, adik aku, dengan kawan dia, terkial2 nak cari masjid, sebab hari ni kan hari jumaat, macam tak tahu pulak kan. berjalan punyalah jauh untuk sampai ke masjid tu, tapi takpe, setiap langkah tu, akan dapat pahala. lepas solat, gi Selayang Mall balik, jumpa balik Liyana, dia pergi merayau rata-rata, siap terserempak dengan ex-madu dia lak tu. pastu kitorang pun singgahlah patung kuning berambut merah kat bawah tu ataupun lebih dikenali sebagai Mcdonald. baham Mcd seround memang best, terutamanya kalau orang belanja. hendak dibuat cerita, entah kenapa pun aku tak tahu, punya lah ramai golongan guru di Selayang Mall tengah hari tadi. mana aku tahu ? guru-guru, terutamanya guru-guru perempuan, diorang akan pakai baju kurung yang cutting dia memang sama dengan cikgu di mana-mana pun di Malaysia, plus aku terserempak dengan 4-5 orang cikgu sekolah aku. yang nak menjadikan cerita ni kelakar, adalah apabila adik aku pergi order makanan di Mcd dengan kawan dia, aku tunggu la dengan Liyana dekat meja tu, semua cikgu-cikgu tu pandang aku dengan Liyana, macam la kitorang ni couple. '=.= negatif betul pandangan diorang tu, aku dengan Liyana pun apalagi, saja jer bercakap "aku kau" kuat-kuat biar diorang tahu yang kitorang ni cuma kawan. lepas tu bergerak ke Giant kat tepi Mcd tu (dalam banyak-banyak tempat la ?). pastu pergi ke Popular pulak, cari buku sekejap, aku beli buku kisah kaum-kaum yang pupus, baru baca 1 bab pun dah rasa best giler. akhir sekali, pusing-pusing, pukul 4.30 baru keluar, terus naik bas, balik ke rumah masing. kebetulan giler, sampai rumah baru lah hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. sekarang ni, tangan aku tengah merasai akibat daripada sekian lama tidak berboling. memang best. :)

P.S :- bagi aku, bukannya satu kesalahan apabila seorang lelaki berkawan baik dengan seorang perempuan. apa salahnya ? masyarakat kita memang suka beranggapan, bila lelaki duduk dengan perempuan mesti couple. hish. aku dah kenal Liyana dari zaman sekolah tadika lagi, sekolah rendah pun sama, sekolah menengah pun tak perlu nak diceritakan lah. pastu, hari ini memang best giler, kiranya macam hari untuk lepaskan stres bagi aku dan Liyana sebelum SPM, lepas SPM nanti, hajatnya, nak berkahwin. percaya lak kau!! hajatnya nak buat benda ni lagi laa, apa la korang ni, otak kuning!! HAHAHA!! bye, love you.

Monday, 17 October 2011

Life.

In life, always be a gentleman, don't ever be an asshole. Thank you.

Terus-Terang.

Hai, coretan aku hari ini adalah berkenaan apa yang tengah terjadi dengan aku sekarang. terus terang aku cakap, sekarang ni aku tengah suka seseorang, siapa dia, tak penting. tapi masalah dengan aku ni adalah aku ni seorang yang pemalu tahap gaban, nak bertegur sapa pun adalah satu masalah emosi, logistik, bahasa, fizikal dan berbagai lagi bagi aku. Andri dan Shaz selalu suruh aku sentiasa berani tetapi aku ni memang cacat dari segi sosial. bukannya aku tak nak tegur sangat, tapi aku takut aku akan menggangu dia masa tu, mungkin dia tengah chat dengan balak dia ke, tengah chat dengan family dia ke, tak pun tengah study ke, tengah tengok gambar ke, tengah dengar lagu ke. the point is, aku tak nak dia rasa terganggu dengan kehadiran aku. mungkin korang yang sedang baca ni akan rasakan yang aku ni cuma bajet hot dan tulis feeling yang aku copy dari filem-filem melayu atau hindustan, tapi hakikatnya memang aku tak nak ganggu dia, kalau boleh, biarlah kehadiran aku seminima yang mungkin dalam hidup dia supaya dia tak rasa terganggu dengan aku. aku rela berdiam sahaja, asalkan dia bahagia. kalau dia bahagia, aku bahagia. :)

P.S :- hari ni aku isytiharkan bahawa aku adalah seorang feminis @ orang yang mempertahankan hak wanita, jadi kalau nampak aku nanti, janganlah korang buat benda tak elok dekat perempuan, memang free je makan penumbuk aku on the spot. aku memang sensitif betul bila nampak perempuan dikasari, walau kadang-kadang tu macam bergurau je, tapi dalam hati aku rasa macam nak bagi penumbuk je dekat orang tu, jadi kalau kau berkasar dengan perempuan, jangan terkejut kalau datang flying kick atau penumbuk masak cili api atas muka korang nanti khas dari aku. :)

Friday, 7 October 2011

well...


           well, that picture just about tells it all,
                                              
                                         I LOVE YOU. :)

Thursday, 6 October 2011

The Happiest Moment Of My Life.

Essay Section B Question 4 Selangor Trial SPM 2011

Khas kepada Andri, Shazreen, Azraei dan Amin, ( nak sangat baca ) :D
   
  It was a cold morning on the first day of schooling in the year 1995. I was in form five at that time and so was her. I forgot to mention, she was Juwita, the prettiest girl at school. How rude of me for not mentioning my name. My name is Kamil, the least handsome student in the school. Juwita and me were in the same class that year. I had long a crush on her. I believed since i was in standard five, but that is the first time i had been in the same class as her. She sat on the second row and i sat on the third row behind her.
  
   During maths, she turned towards me and asked me about a question. My tongue was tied, i was like a stone there, i just couldn't believe that she was talking to me. I was so dumbfounded, that my friend took me to the toilet to regain my conciousness. After that, i went back to the class, and she asked me again. this time, my tongue was untied and i helped her with the problem. She said thank you and smiled at me. Beautiful. My friend Razak, teased me all the way home, since our houses were just next to each other. I kept on insisting to him and myself that she was just asking me for a favour, nothing more.

   The next day, during science lesson, she chose me to be her lab partner, because she was very weak in science and i was the top student. Razak started to tease me again, and i insisted to him that Juwita and me were just lab partners, nothing more. Razak had already knew that i had a crush on Juwita since we were in primary school. He teased me, so that Juwita would notice me more than just a lab partner. But, Juwita seemed not to care about it. She already had a boyfriend at the time. His name was Jamal, the best football player in the district. They had been in a relationship since form one. He was my sworn enemy. He always bullied me since i was in pre-school with him.

   Days and weeks went by, and it was already June, when Juwita asked me to tutor her for the upcoming mid-term exam. I was more than happy to help her, since we were now very close friends. I stayed back at the school library until 3.00 pm or sometimes, late in the evening to tutor her. Her boyfriend did not know about that. I would be dead if he knew about that. After the results were out, she got an average overall grade, which was better than she had expected. She thanked me for tutoring her and smiled at me. As for me, i got second place in the class while Razak got the third place. As for Jamal, he got the last place, and his grades were one of the lowest in the school. I can still remember her smile that day.

   Days and weeks passed by, and i kept on tutoring her. She was now very good in her studies, even the teachers noticed it. We were now almost like lovers. Everywhere i went, she would follow me along. We would go to the lake every weekends to study together and always stayed back at school library to study. We would go to each other's houses to study when we had the time. Our parents started to notice our friendship. As the SPM examination drew closer, i heard that Jamal had been dropped out from school because he was caught peeping in the ladies room. Juwita was devastated by the news, but kept on studying.

   One day, while on my way to the lake to meet Juwita, i was stopped by Jamal. He started to accuse of stealing Juwita from him. I kept on saying that Juwita and me were just friends. Maybe he got fed-up by the answer and started to beat me mercilessly. Luckily, Juwita, who was also on her way to the lake, cried for help, and Razak, who was a very tough guy, came and helped me. Jamal was arrested by the police and luckily, i just suffered some bruises. Due to the seriousness of the bruises, i was given a week leave to recover. It was the longest week. After that, the SPM examination started, Juwita took her SPM at the school hall, while i took mine in the class. We rarely met each other during this time.

   After the exams, i never saw her again. I wrote to her, but she had already moved away. It was not until the results were out in March 1996 when i saw her beautiful face again. We ran to each other while showing our results slip. We got identical results, straight A's. she said she that she missed me and said the following three words. " I love you. " I was ecstatic, i was in ecstacy, over the moon, when she said that. I told her that i loved her too. Eventhough, that incident happened 16 years ago and we've been married for 10 years now, till this day, i still feel, that, that was the happiest moment in my life.

Wednesday, 5 October 2011

please don't.

hmm, been quite a while since i wrote an article in english, so i will be going at it a bit slowly compared to my previous postings in bahasa. ok, the main reason for me writing this is because of one of my friend's apparent change of attitudes. it's been going on for quite sometime now, at first, i didn't mind much, but as the time goes by, i seem to be quite annoyed and sometimes frustrated by his attitude. i don't know what happened to him, but he has changed a lot. i don't care if people want to change, it's a human's fundamental right as a human being, but if that change means you become more of an arsehole ( the british equivalent of "asshole" or "fucker" ), and not becoming better positively, then, consider me out of your life. seriously, you've changed a lot mate. i love you, but your attitude right now is making me hate you a bit. mate, please don't become another arsehole in a world full of arses. please mate... don't.

Saturday, 1 October 2011

appreciate it...

beberapa minggu yang lalu, aku perasan kan, bila chat kat FB ke, atau mesej ke, apa-apa lah yang membabitkan tulisan dimana orang perlu menulis nama aku, kebanyakan perempuan akan menaip nama aku sebagai mamad ataupun mad, manakala lelaki pula akan taip nama aku dengan mat atau mamat. sebenarnya, aku tak pelik pun korang nak tulis macam mana pun, asalkan tak tulis, yang pelik dan menghina, sudah laa, tetapi, aku lebih suka kalau orang tulis nama aku sebagai mad atau mamad, sebab mat atau mamat tu, bunyi tak best, bunyi macam korang suruh aku mati. so, thanks kepada semua yang panggil aku dengan huruf "d" dan bukan huruf "t", terima kasih sangat2. i really appreciate it guys. :DD (terutamanya girls la, sbb korang selalu panggil aku dengan huruf d. :D )

OK...

hari ni dah 30 September, maksudnya, esok dah 1 Oktober, dan 30 September pulak birthday MAMA!!!, happy birthday mama!!!, semoga panjang umur!!!!
ok, habis citer. :DD
Domo-kun Cute