Monday, 28 November 2011

pencil case aku.

ok, takde nak citer apa, cuma nak kongsi beberapa gambar dengan korang. macam yang tertulis di atas tu, gambar pencil case aku.






P.S :- kebetulan henset dan pencil case ada depan mata, so, aku ambiklah gambar pencil case aku puas-puas. style kan domo ? aku memang suka giler domo!! love you all!!









Sunday, 27 November 2011

masalah sosial yang melanda anak-anak muda kini sangat......



mengundang kan tajuk tu ? memang post aku nie berkaitan dengan benda di atas tu. kadangkala, aku rasa frust juga bila orang-orang tua cakap yang budak-budak zaman sekarang nie teruk, banyak masalah, suka suka-suka jer. ok, satu benda aku nak cakap, zaman dulu takde ke buang anak, remaja minum arak, kahwin lari, lari dengan balak, merompak, rogol, bunuh orang, melepak sampai tengah malam buta dan berbagai lagi ? memburak kalau takde. memang ada pun. zaman dulu ada jugak remaja yang terlanjur, berbuat anak haram, dan buang anak. memang ada. cumanya, zaman dulu, perkara nie senyap-senyap jer, siap aku berani kata, yang remaja zaman dulu, lebih teruk dari yang zaman sekarang, paling tak pun, pada tahap teruk yang sama. kalau tak caya, cuba tengok cerita-cerita remaja zaman 70an, 80an. tak sah kalau diorang tak pergi disko, minum arak. serius aku cakap nie. cuba tengok kalau tak caya. kalau citer zaman sekarang, bukan selalu pun ada pergi ke disko, betul kan ? cuma sekarang nie, masalah-masalah nie semakin banyak. aku ada jawapannya. cuba fikir secara logik, zaman sekarang ada berapa juta manusia di malaysia ? 28 juta kan ? masa 70an,80an berapa orang ? anggaran aku dalam 10-16 juta orang. alright, masa tu benda nie still jadi, tapi sebab orang tak ramai sangat, orang jahat pun tak ramai sangat, zaman sekarang, orang pun ramai, orang jahat pun bertambah mengikut peredaran masa jugak lah. sama jer peratusan dia, cuma jumlah jer lain. kalau nak sangat kira jumlah, cuba kira berapa ramai orang bijak zaman dulu dengan zaman sekarang ? lagi ramai zaman sekarang kan ? benda sama je lah tu, tak de pula nak puji pasal benda tu, tahu nampak benda buruk jer. haa, dan sebab yang terakhir yang buat kan remaja zaman sekarang lebih teruk dari yang zaman dahulu, dulu mana ada surat khabar metro. sebab metro jer, semua benda nie nampak teruk sangat terhadap remaja sekarang. tak caya ? beli metro pagi esok, cuba tengok muka depan dia, mesti tajuk sensasi giler, "remaja buat projek", "aku dirogol", "bayi dibuang seperti sampah", "remaja babi", "lelaki kacak mengaku rogol" kalau dulu dah ada metro dah, sama jer wa cakap lu. semua benda tu akan jadi sensasi jugak.

P.S:- post aku nie, bukan nya apa, cuma nak luahkan rasa tak puas hati aku terhadap golongan tua yang tahu nak mengutuk jer, bukannya nak berfikir sangat, mulut takde insurans. pedih hati kadang-kadang, (bukan parents aku ehh) pakciks and makciks, cuba lah fikir sejenak sebelum mengutuk nanti ehh, kitorang nie pemimpin masa hadapan, nanti nampak sangat pulak yang pakciks and makciks nie gila talak tak nak bagi kitorang jadi pemimpin. please pakciks and makciks, change will you ?




tegurang sikit... (sorry)



agak terlambat, tapi, tahniah kepada pasukan malaysia sebab jadi juara bola sepak sukan sea buat kali kedua berturut-turut. ramai pemain yang bermain dengan bagus sekali, dah lah main dengan bagus, muda pulak tu ( kalau kaum hawa, cuma fikir hensem ke tak je player tu, main pandai ke tak, tak penting ). aku tak pelik pun pemain tu hensem ke tak, janji, bagi diri aku, aku hensem. mampuslah orang nak kata apa pun, muka aku macam katak ? macam ayam? macam macam-macam ? the hell lah kau, cuba tengok cermin tu, apa kau nampak ? babi ke anjing ? cuba citer sikit,, haha. ok, dah lari tujuan dah post aku nih, bukan tu yang aku nak bebel tengah malam buta nih, aku cuma nak tegur sikit jer dekat FAM.


ok, terus terang aku cerita di sini, aku memang tak berapa suka dengan FAM sejak beberapa tahun yang lepas lagi. sebab ? sebab diorang nie tak reti nak buat kerja, cuma tahu nak goyang kaki, goyang kepala, togok dot dot dot (ehem-ehem). bukan apa, aku mintak tak banyak, cuma suruh tolak orang-orang dalam FAM yang tak buat kerja, tapi cuma nak nama, ganti dengan bekas pemain-pemain bola yang ada pengalaman nak bangunkan bola di malaysia, dan ada semangat nak bangunkan bola sepak, bukannya orang yang nak telan duit dan biarkan perut penuh dengan ehem-ehem. serius, perut dia dah memboyot dah sebab benda tuh. mungkin ada yang faham, mungkin ada yang blurr, tapi aku tak nak sebut nama. biarkan rahsia, yang tahu tu diam-diam, yang tak tahu tu, cuba lah search, tuhan sengaja jer kurnikan google search engine, mesti ada gunanya benda tu. kemudiannya, setahu aku, FAM memang dapat banyak duit tiap-tiap tahun, daripada tv, iklan, sewa stadium, dan berbagai lagi. satu permintaan aku, tolonglah sumbangkan duit tu, untuk kembangkan bola sepak di peringkat akar umbi, sebagai contoh, bola sepak bawah 15 tahun ke, bawah 10 tahun ke, semua negara-negara bola sepak dunia ada benda nie, diorang buat liga lahh, kita ? apa pun tak dak. kepada FAM, jangan harapkan tuhan akan kurniakan seseorang macam ronaldo macam tu je kat kita, tidak. kena ada usaha yang banyak untuk menggilap bakat bagai, barulah ada macam ronaldo dua-tiga orang kat negara kita nie, bukan nya terus turun dari langit seperti bulan jatuh ke riba. tolonglah jangan kolot sangat. seterusnya, sentiasa gilap permata-permata yang dah ada sekarang nie, sebagai contoh, nazmi faiz, brader nie sama umur dengan aku, dan karier dia dalam bola sepak memang jauh lagi dan memang cerah, bagi aku, dia nie macam xavi hernandez masa muda. good passing, good anticipation, pandai handle pressure, tapi satu masalah jer, rekod pemain malaysia yang selalunya bagus-bagus, masa muda memang macam messi, tapi bila dah dua-tiga hari lepas tu, taik. harapnya, dia nie tak jadi taik lah, insyaallah. walau harapan menggunung bagai gunung everest, tapi tetap juga di benak hati aku ada tergerak, yang, kemungkinan besar, nazmi nie cuma hangat-hangat tahi ayam yang berak di tengah panas terik. serius. tak tahu kenapa.

P.S:- tergerak hati nak tulis nie sebab ada yang nak baca post aku nie, hai ehem-ehem, hahaha. ok, aku harap sangat-sangat teguran aku nie boleh diterima oleh FAM dengan hati yang terbuka, sebab kau nak sangat bola sepak malaysia maju nanti, bukannya mundur macam sekarang (memang diorg menang pingat emas, tapi itu peringkat asean sahaja, dah sampai masa kita mencabar pasukan-pasukan terbaik asia, bukan asia tenggara sahaja). siapa yang tak puas hati, sila komen di bawah ehh.

Tuesday, 22 November 2011

what to say ?

hi, lama tak update kan ? tak nak tulis apa sangat, tak tahu nak cakap apa, tapi kan, selepas seminggu ber-SPM, tamatlah sudah lima kertas peperiksaan teras iaitu bahasa melayu, english, sejarah, math, dengan agama. tapi tak tahulah, mungkin boleh lah kut semua tuu, tapi, mulai esok, keluar lah semua peperiksaan yang menggila, iaitu, add math (23/11), physics (24/11), chemistry (29/11), biology (30/11) dan last sekali est (8/12). dalam lima-lima paper tu, est jer yang aku boleh buat dengan agak confident, yang lain tu, kureng sikit, terutamanya add math. huishh, add math kau!! esok pulak tu, hmm, usaha je lah yang termampu. menjelang hujung minggu depan nanti, aku dah macam separa merdeka dah , sebab est bukannya susah manapun. bukannya nak takbur or bajet, tapi memang pun, bukannya kena study banyak pun, nak study untuk est, cuma kena banyak baca pasal maklumat, tengok discovery channel dan harap soalan senang keluar. tak sabar nak tunggu rabu minggu depan. :)

P.S :- kepada semua orang yang mengambil add math esok, good luck, jangan putus asa, masa banyak, ada 4 jam 30 minit untuk rebut sebanyak mungkin markah esok, jangan putus asa, buat jerr, mana lah tahu, boleh dapat paling kurang pun C, tak pun B ke or A-, cuba jerr, masa masih ada nie, usaha lagi. 

Sunday, 13 November 2011

SPM...

ok, hari ini tak ada apa yang aku nak cerita sangat, cuma nak beritahu korang semua yang, akhirnya, selepas sebelas tahun bergelumang dengan sistem persekolahan Malaysia, tak termasuk dua tahun tadika lagi, esok, aku akan menempuhi ujian yang paling mencabar dalam hidup aku setakat ini, S to the P to the M, SPM!! ok, pertama sekali, terima kasih tak terhingga darabnya kepada semua yang dah wish aku good luck tu, terima kasih sangat guys, walaupun wish korang tu cumalah kata-kata yang terbit dari mulut, tapi aku sangat berterima kasih kepada korang. keduanya, kepada semua pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM esok, goodluck guys, all the best, aku percaya korang semua boleh buat, kalau soalan susah, minta pertolongan daripada tuhan, tak kira lah korang agama apa, sementara ada dua tiga jam lagi nie, usaha lah lagi, mana lah tahu tuhan nak bagi sesuatu ke.

P.S :- sekali lagi, goodluck guys, buktikan kepada dunia yang batch '94 bukannya teruk, malas, unproductive, unathletic, tahu gaduh saja, tak hensem/cantik. ok, yang last tu saja aku tambah, tapi yang pentingnya, tunjukkan yang kita nie bagus, dan boleh bersaing dengan batch2 yang sebelum ini atau yang akan datang. insyaallah.
Domo-kun Cute