agak terlambat, tapi, tahniah kepada pasukan malaysia sebab jadi juara bola sepak sukan sea buat kali kedua berturut-turut. ramai pemain yang bermain dengan bagus sekali, dah lah main dengan bagus, muda pulak tu ( kalau kaum hawa, cuma fikir hensem ke tak je player tu, main pandai ke tak, tak penting ). aku tak pelik pun pemain tu hensem ke tak, janji, bagi diri aku, aku hensem. mampuslah orang nak kata apa pun, muka aku macam katak ? macam ayam? macam macam-macam ? the hell lah kau, cuba tengok cermin tu, apa kau nampak ? babi ke anjing ? cuba citer sikit,, haha. ok, dah lari tujuan dah post aku nih, bukan tu yang aku nak bebel tengah malam buta nih, aku cuma nak tegur sikit jer dekat FAM.
ok, terus terang aku cerita di sini, aku memang tak berapa suka dengan FAM sejak beberapa tahun yang lepas lagi. sebab ? sebab diorang nie tak reti nak buat kerja, cuma tahu nak goyang kaki, goyang kepala, togok dot dot dot (ehem-ehem). bukan apa, aku mintak tak banyak, cuma suruh tolak orang-orang dalam FAM yang tak buat kerja, tapi cuma nak nama, ganti dengan bekas pemain-pemain bola yang ada pengalaman nak bangunkan bola di malaysia, dan ada semangat nak bangunkan bola sepak, bukannya orang yang nak telan duit dan biarkan perut penuh dengan ehem-ehem. serius, perut dia dah memboyot dah sebab benda tuh. mungkin ada yang faham, mungkin ada yang blurr, tapi aku tak nak sebut nama. biarkan rahsia, yang tahu tu diam-diam, yang tak tahu tu, cuba lah search, tuhan sengaja jer kurnikan google search engine, mesti ada gunanya benda tu. kemudiannya, setahu aku, FAM memang dapat banyak duit tiap-tiap tahun, daripada tv, iklan, sewa stadium, dan berbagai lagi. satu permintaan aku, tolonglah sumbangkan duit tu, untuk kembangkan bola sepak di peringkat akar umbi, sebagai contoh, bola sepak bawah 15 tahun ke, bawah 10 tahun ke, semua negara-negara bola sepak dunia ada benda nie, diorang buat liga lahh, kita ? apa pun tak dak. kepada FAM, jangan harapkan tuhan akan kurniakan seseorang macam ronaldo macam tu je kat kita, tidak. kena ada usaha yang banyak untuk menggilap bakat bagai, barulah ada macam ronaldo dua-tiga orang kat negara kita nie, bukan nya terus turun dari langit seperti bulan jatuh ke riba. tolonglah jangan kolot sangat. seterusnya, sentiasa gilap permata-permata yang dah ada sekarang nie, sebagai contoh, nazmi faiz, brader nie sama umur dengan aku, dan karier dia dalam bola sepak memang jauh lagi dan memang cerah, bagi aku, dia nie macam xavi hernandez masa muda. good passing, good anticipation, pandai handle pressure, tapi satu masalah jer, rekod pemain malaysia yang selalunya bagus-bagus, masa muda memang macam messi, tapi bila dah dua-tiga hari lepas tu, taik. harapnya, dia nie tak jadi taik lah, insyaallah. walau harapan menggunung bagai gunung everest, tapi tetap juga di benak hati aku ada tergerak, yang, kemungkinan besar, nazmi nie cuma hangat-hangat tahi ayam yang berak di tengah panas terik. serius. tak tahu kenapa.
P.S:- tergerak hati nak tulis nie sebab ada yang nak baca post aku nie, hai ehem-ehem, hahaha. ok, aku harap sangat-sangat teguran aku nie boleh diterima oleh FAM dengan hati yang terbuka, sebab kau nak sangat bola sepak malaysia maju nanti, bukannya mundur macam sekarang (memang diorg menang pingat emas, tapi itu peringkat asean sahaja, dah sampai masa kita mencabar pasukan-pasukan terbaik asia, bukan asia tenggara sahaja). siapa yang tak puas hati, sila komen di bawah ehh.
No comments:
Post a Comment