Saturday, 31 December 2011

dua ribu sebelas.

wow, kejap jer masa berlalu, dah 2012, sengaja aku post benda nie time last minute, sebab nak masukkan semua benda yang berlaku kepada aku tahun nie, barulah full coverage kan. ok, tahun ini memang banyak benda yang aku buat, banyak benda yang berubah, dan banyak benda yang terjadi kepada aku, tak kira lah baik atau buruk. awal tahun, tak berapa banyak yang terjadi, yang paling signifikan adalah aku buat blog nie masa bulan mac, then, dapat tempat kedua kawad kaki peringkat sekolah, dan latihan debate yang banyak aku buat sepanjang bulan mac. ooh, terlupa, masa inilah terkeluarnya, miss W.

april sampai jun pula, banyak post, banyak nya mengarut, masa nie banyak yang terjadi. april dimulai dgn aku pergi lawan debate, dapat best speaker untuk first round, tapi kalah second round, inilah kali pertama aku nampak puan maziah senyum sahaja memanjang, terima kasih cikgu. masa bulan april juga, aku pergi lawan kawad kaki peringkat daerah, jadi juara keseluruhan. lepastu, ke kawad kaki peringkat NGO, tapi kalah, hanya merangkul tempat ketiga. ok, ayat aku memang bajet gila, but bare with me. haha. mei pula mengenalkan para pembaca kepada "si dia" , bulan nie juga, memberi aku tiga orang adik angkatJun pula banyak benda tak baik jadi, aku banyak berfikir masa bulan jun, banyak benda terjadi, dan semuanya terlampau laju, satu lepas satu. yang paling tak boleh lupa adalah kecederaan aku tu, yang memang aku type post tu sambil tangan aku berdarah. second part .


julai sampai september pula. julai memang tak banyak post, sibuk, ada larian satu malaysia dan berjaya ke semi-final futsal sekolah. ogos, puasa, tak banyak post, malas nak buka internet, takut terbuka benda lain, dan masa ni lah datangnya miss F . bulan september pun tak banyak benda berlaku, cuma peristiwa yang paling pedih adalah apabila hilang dua sekali, ada yang faham apa yang aku merapu ni, yang tak faham, buat-buat faham tau.

chapter terakhir, oktober sehingga disember. oktober agak baik kepada aku, aku dapat markah bagus dalam english , plus, gaddafi meninggal bulan tu juga, memandangkan aku ni seorang mat saleh celup dan seorang pejuang kebebasan, bulan ni sangat baik. masa bulan ni juga lah aku kenal dengan "ehem-ehem" hi awokk. :D . november sangat sibuk, SPM ! "ehem-ehem" sentiasa ada masa ni, terima kasih awokk ! bulan ni pun tak banyak benda sangat, just yang malaysia menang pingat emas bola sepak lawan indonesia di sukan sea. banyak berfikir je masa ni, nothing more. disember macam-macam ada.  yang paling best adalah habis SPM , kemudiannya ke PC Fair, lepas tu, awokk !! haha. gerhana bulan pun ada terjadi masa bulan disember, plus birthday aku pun bulan ni juga, serta post khas untuk awokk .

P.S :- kepada yang berminat, boleh lah tekan link-link tu, tak perlu nak search banyak-banyak, kerana banyak post aku adalah merapu, jadi, yang mana aku letak tu, memang yang paling bagus, silalah baca. kepada semua readers, selamat tahun baru kepada semua, semoga tahun baru ni, membawa banyak kebaikan kepada anda, keluarga serta masyarakat dan negara. insyaallah.

Wednesday, 21 December 2011

serius.

weyh, aku tak tahu lah kau baca ke tak, tapi aku betul-betul tak boleh melupakan kau, terutamanya sejak beberapa minggu nie, setiap kali aku nampak gambar kau dekat facebook, terus aku berdebar, tak tahu nak tegur ke tak, dah lama giler kita tak bertegur sapa, di sekolah mahupun di facebook. aku tak tahu lah kau tahu ke tak, tapi memang aku serius sayang kau. bagi aku, kau istimewa, tak kira lah apa orang cakap pasal kau. kau memang cantik, tak perlulah kau nak katakan orang lain cantik, if dorang tak nampak pun kecantikan kau. kau agak caring terhadap aku, dan yang paling aku tak boleh lupa adalah masa jari aku kena jahit, kau jer yang tegur "betul ke tak berjahit ?", orang lain semua haremm, bestfriend aku pun cuma tanya sakit ke tak. walaupun kau cuma cakap "take care" tapi bagi aku, itu sangat bermakna. sebenarnya, pasal masalah kau tu, aku tak pelik pun, serius, daripada dulu sampai sekarang, dan harapnya sampai bila-bila. ini bukan ayat hindustan or sinetron indonesia, tapi ini adalah nukilan minda aku. dah lama dah aku nak tulis benda nie, tapi tak berapa berani, aku kan seorang pemalu, aku rasa aku pernah bagitahu kau dulu. aku tak tahu apa perasaan kau terhadap aku, tapi, aku harap aku tak bertepuk sebelah tangan pasal perkara ini. tapi, kalau betul aku cuma bertepuk sebelah tangan, aku berharap yang kau akan akhirnya bertemu seorang lelaki yang baik untuk kau dan bukannya seperti bekas-bekas teman lelaki kau yang sebelum ini. seriously, i love you.

P.S :- mungkin ada yang masih ingat pasal seseorang yang aku tulis bulan Mei yang lalu kan, kalau tak tahu, search older post kat bawah tu, cari bulan Mei, cari yang paling menarik perhatian korang, tak lain dah tu, baca pasal orang tu, then kau akan faham. but seriously, i love you.

Friday, 16 December 2011

you,

my love, you are like the sun, shining through my days. you are like the moon, smiling down on the world, keeping me company during my lonely nights. everytime i see you, i feel very happy, very high, intoxicated with endorphine, overwhelmed with joy. everytime i hear your voice, it’s like i’m hearing the best coldplay-my chemical romance-hujan-all time low-avril lavigne-michael buble-bruno mars-james blunt-joe brooks-taylor swift song ever, all rolled into one, and i never get bored of it. everytime you go away, or if i didn’t see you for some time, i always feel like a flower, missing the sun, in the depths of winter. i hope you know how much i love you, how much i care for you, how much i would do for you. but i’m just another guy in your life, the one that comes and go, the one that you see on a daily basis. but for me, you are one of a kind, the one that comes only once in a lifetime. i don’t want to lose you, i want to always be there for you. i hope you will notice me, and love me just how much i love and care about you.

Monday, 12 December 2011

terima kasih darab sembilan puluh billion tiga ratus empat puluh lapan juta lima ratus dua puluh tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh satu perpuluhan tiga puluh lapan.

ok, panjang kan tajuk tu ? saja jer, nak tulis tentang sesuatu yang berkisar mengenai hari ini. well, hari ini 12 disember dan kebetulan pulak hari jadi aku jatuhnya pada 29 Februari. ceh, ramai yang dah start pelik, birthday aku 12 disember lahhh, haha. ok, apa yang pelik hari ini ? takde pape sangat, sama macam hari-hari lain, just that, tiba-tiba ramai pulak semangat nak write something kat wall aku and ramai yang semangat nak text aku, eventhough selama nie asyik komplen kat aku kenapa aku pakai celcom. tapi takpe, terima kasih kepada semua yang wish kat aku tuu, seriously, really appreciate it guys. dan ada pulak beberapa yang siap wish "may god bless you bagai" or "murah rezeki" itu lagi lah bertimbun-timbun ucapan terima kasih aku ucapkan kepada korang. ye lah kan, bukan selalu orang nak doakan benda-benda baik untuk kita en. dan lagi satu, aku rasa kan, buat pertama kalinya dalam hidup aku bersekolah selama sebelas tahun, ada orang bagi birthday card. nak tengok ? tengok kat bawah tuu...





terima kasih sangat wehhh, terharu kau bila korang bagi kad nie hari tu, korang mungkin tak nampak, but dalam hati aku, macam nak menangis tau, tapi takkan nak menangis kat depan orang ramai tu kutt, jatuhlah saham aku kannn, klau ada laahhh, haha. pastu kan, ada orang tu, dia wish kat kita awal gila, dari petang semalam lagi dah wish, semangat giler, hihihihi

P.S :- sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada yang wish tuu, lagi-lagi yang siap bagi video bagai, siap doa bagai, terima kasih sangat wehhh, love you all !!

Sunday, 11 December 2011

gerhana bulan.


awak, awak tahu tak awak cantik macam gerhana bulan tadi tu ?

P.S :- ada yang terasa tak ?

Friday, 9 December 2011

jyeahhhhh !!!




ok, seperti kebanyakkan daripada korang tahu, hari ini adalah hari terakhir aku bergelar sebagai seorang pelajar sekolah. hari ni hari paper last aku, paper EST, maknanya, aku sekarang sudah M-E-R-D-E-K-A !!! jyeahh!!! sebelas tahun bersumbat dalam sistem persekolahan Malaysia, akhirnya, tamatlah sudah belajar sejak sebelas tahun lalu. lepas ni, dah tak pakai dah baju putih tu, kasut putih tu, dah takde dah pakai seluar hijau sakai tu, dah takde dah semua tu. tapi kan, serius aku cakap, hari ni memang perasaan separuh-separuh giler. ada sebelah diri aku rasa happy giler sebab dah tak pergi dah sekolah tapi sebelah lagi pulak rasa sedih sebab nak tinggalkan sekolah. dah lima tahun kan kat sekolah tu, rasa sayang lah pulak. sedih jer rasa sehari nie. gembira pun ada jugak, but still, aku rasa sangat sedih sebab nak tinggalkan sekolah tu. banyak memori kat situ, tak kiralah manis ke pahit, it's still something, right ?



ok, lepas nie batch 0711 akan menghadapi dunia dan tidak lagi terperuk di dalam sekolah, takde dah pakai baju sekolah, seluar sekolah, tukar pakai baju kerja and seluar slack. seriously, mixed-feelings.
P.S :- selamat maju jaya kepada semua batch 0711, semoga kita boleh buat perubahan kepada dunia ini suatu hari nanti. kecil pun takpe sumbangan kita itu, asalkan kita buat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, insyaAllah batch kita akan jadi yang terbaekkkkk
Domo-kun Cute