Sunday, 13 November 2011

SPM...

ok, hari ini tak ada apa yang aku nak cerita sangat, cuma nak beritahu korang semua yang, akhirnya, selepas sebelas tahun bergelumang dengan sistem persekolahan Malaysia, tak termasuk dua tahun tadika lagi, esok, aku akan menempuhi ujian yang paling mencabar dalam hidup aku setakat ini, S to the P to the M, SPM!! ok, pertama sekali, terima kasih tak terhingga darabnya kepada semua yang dah wish aku good luck tu, terima kasih sangat guys, walaupun wish korang tu cumalah kata-kata yang terbit dari mulut, tapi aku sangat berterima kasih kepada korang. keduanya, kepada semua pelajar tingkatan lima yang akan menduduki SPM esok, goodluck guys, all the best, aku percaya korang semua boleh buat, kalau soalan susah, minta pertolongan daripada tuhan, tak kira lah korang agama apa, sementara ada dua tiga jam lagi nie, usaha lah lagi, mana lah tahu tuhan nak bagi sesuatu ke.

P.S :- sekali lagi, goodluck guys, buktikan kepada dunia yang batch '94 bukannya teruk, malas, unproductive, unathletic, tahu gaduh saja, tak hensem/cantik. ok, yang last tu saja aku tambah, tapi yang pentingnya, tunjukkan yang kita nie bagus, dan boleh bersaing dengan batch2 yang sebelum ini atau yang akan datang. insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute