Monday, 31 October 2011

Gaddafi.

Muammar Gaddafi sewaktu merampas kuasa circa. 1969

ok, mungkin korang semua pernah dengar nama ini. memang dah terkenal sangat dah nama ni, sapa yang tak kenal tu, boleh bawak bawak terjun bangunan. orang yang terkenal gila pun takkan la tak kenal. ok, nama dalam kad pengenalan dia adalah Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi. lebih dikenali dengan nama glamer dia Muammar Gaddafi. perkataan "Gaddafi" disebut sebagai "Qaddafi". dilahirkan pada bulan Jun 1942 di Qasr Abu Hadi. beliau membesar sebagai seorang badwi, di luar bandar Sirte, Libya. beliau adalah salah seorang ahli puak Arab Berber yang kecil yang bernama "Qadhadhfa". beliau memasuki sebuah sekolah rendah yang jauh dari rumah beliau di bandar Sabha, Libya, di mana beliau banyak terpengaruh dengan peristiwa yang melanda dunia Arab pada waktu itu. beliau sangat meminati Gamal Abdel Nasser, iaitu seorang kolonel Mesir yang telah bersama dengan Muhammad Naguib menggulingkan Raja Farouk dan menukarkan pemerintahan Mesir daripada sebuah negara raja berpelembagaan kepada sebuah republik. pada tahun 1961, Gaddafi memasuki Akademi Tentera Di Raja Libya (Libyan Royal Military Academy) dan tamat pengajian pada tahun 1966. walaupun beliau sering dikenali dengan pangkat "kolonel" hakikatnya beliau hanyalah seorang leftenan semasa beliau merampas kuasa pada tahun 1969. pada tahun 1976, beliau di anugerahkan oleh parti beliau sendiri iaitu Kesatuan Sosialis Arab (Arab Socialist Union) pangkat "mejar jeneral" tetapi meminta supaya sentiasa dikenali sebagai Kolonel Gaddafi. antara sebab utama beliau ingin merampas kuasa adalah kerana kekalahan memalukan negara-negara Arab semasa "Peperangan Enam Hari" yang melibatkan Israel dan negara-negara Arab seperti Syria, Mesir dan Jordan secara langsung. negara-negara Arab tadi juga telah dibantu oleh Iraq, Arab Saudi, Maghribi, Algeria, Libya, Kuwait, Tunisia, Sudan serta Barisan Pembebasan Palestin (PLO). Israel telah berjaya melawan serangan Arab dalam masa enam sahaja bermula 5 Jun sehingga 10 Jun 1967, serta telah dapat menakluk Semenanjung Gaza dan Semenanjung Sinai dari Mesir, Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis dari Jordan, serta Bukit Golan dari Syria.

Gamal Abdel Nasser

akibat daripada kekalahan ini, beliau merasakan perlunya untuk untuk menyatukan penduduk Arab, dan cara yang beliau rasakan terbaik, adalah dengan merampas kuasa daripada raja Libya pada ketika itu, Raja Idris. beliau, bersama-sama dengan rakan-rakan kadet tentera beliau telah berjaya melancarkan rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada 1 September 1969 semasa Raja Idris sedang mendapatkan rawatan perubatan di Turki. anak saudara Raja Idris, Putera Sayyid Hasan, yang ketika itu menjadi pengganti Raja Idris, telah ditahan, dan dikenakan tahanan rumah. secara formalnya Libya bertukar tangan daripada Raja Idris kepada Gaddafi. beliau telah menghapuskan sistem raja dan menggantikannya dengan sistem republik dan mengisytiharkan Republik Arab Libya. beliau banyak memberi kesenangan kepada rakyat beliau, kerana hasil asli Libya yang melimpah ruah serta jumlah penduduk Libya yang hanya berjumlah kira-kira 6 juta orang. akan tetapi, beliau seringkali menggunakan kekerasan apabila berhadapan dengan orang yang menentang beliau. dikhabarkan, sekiranya seseorang mengatakan sesuatu yang kurang baik terhadap kerajaan beliau, orang itu akan hilang dan tidak akan kelihatan lagi. kejadian ala-ala kediktatoran Jeneral Suharto di Indonesia ini, bukannya terjadi beberapa kali sahaja, tetapi banyak kali. ramai rakyat Libya yang mempunyai rasa marah terhadap beliau sejak berdekad-dekad yang lalu, tetapi hanya memendamnya di dalam hati, kerana bimbang akan tindakan yang mungkin diambil oleh Gaddafi. malahan, semasa Perang Saudara Libya yang baru sahaja tamat baru-baru ini, mana-mana keluarga yang mempunyai pertalian dengan pihak pemberontak, di ugut bunuh, malahan ada yang kehilangan ahli keluarga dan hanya menemui mayat ahli keluarga tersebut di luar rumah dua-tiga kemudian berserta nota mengingatkan mereka supaya tidak menyokong pemberontakan menentang kerajaan Gaddafi. Gaddafi juga sering membunuh rakyat yang menegur beliau atau meminta hak asasi manusia. kerajaan juga pernah membunuh 1200 orang penghuni Penjara Abu Salim pada 28 dan 29 Jun 1996 menggunakan tentera yang menembak dari atas bumbung penjara menggunakan senjata semi-automatik AK-47. mayat-mayat tersebut ditanam diluar kawasan penjara tanpa memberitahu ahli keluarga si mati. tulang belulang para mangsa kekejaman tersebut telah ditemui pada bulan September 2011 selepas Tripoli dibebaskan oleh Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC).

Penjara Abu Salim, Libya

pencarian tulang-belulang mangsa Penjara Abu Salim.

semasa tentera pemberontak semakin menghampiri bandar Tripoli pada bulan Ramadhan baru-baru ini, penghuni di penjara-penjara di sekitar kota Tripoli, yang kebanyakkanya adalah pemberontak anti-Gaddafi dan pejuang kebebasan politik, telah dibunuh dengan oleh tentera Gaddafi, yang kebanyakkannya adalah tentera upahan dari negara-negara Afrika seperti Niger, Chad dan Mauritania. pada peringkat permulaan pemberontakan, rakyat Libya meminta Gaddafi untuk berundur dan melepaskan kuasa dengan cara yang baik serta menjalankan pilihan raya dan memberikan kebebasan berpolitik kepada rakyat, tetapi, permintaan ini dipandang buruk oleh Gaddafi yang menyangka bahawa ini semua adalah kerja Al-Qaeda dan Barat untuk menjatuhkannya. beliau juga telah berikrar bahawa beliau akan mencari di setiap bandar, jalan, dan rumah pemberontak-pemberontak atau sesiapa yang hendak memberontak dan akan membunuh mereka. pada pendapat saya, seorang pemerintah tidak boleh mengugut rakyatnya sebegitu rupa, tugas pemerintah adalah untuk memimpin dan melindungi rakyat, bukan untuk mengugut dan membunuh. beliau juga sering berbangga dengan imej rendah diri beliau, sedangkan hakikatnya beliau mempunyai kemewahan yang rakyat Libya mahupun mana-mana rakyat hanya boleh bermimpi hendak miliki. beliau mempunyai dua buah jet peribadi, sebuah jet mewah untuk kegunaan beliau dan keluarga beliau, dan sebuah lagi khas untuk membawa khemah serta dua ekor unta beliau. di mana sahaja beliau pergi meninggalkan , beliau pasti akan tinggal di khemah kalis peluru beliau kerana takut akan tinggi, atau senang cerita, beliau gayat. beliau juga tidak boleh menaiki kapal terbang melebihi lapan jam.

jet peribadi beliau setelah dirampas rakyat Libya.

di dalam rumah beliau.

dahulu, aku sering memuji Gaddafi, malah ingin menjadi seperti beliau bila aku besar nanti, tetapi, setelah mendapat tahu banyak perkara buruk tentang beliau, aku mula membenci dia. aku akan menghormati seseorang pemimpin, asalkan dia tidak mengugut rakyatnya sendiri atau lebih teruk lagi, sanggup membunuh rakyat sendiri dan relaks sahaja seperti minum teh tarik pada pagi Sabtu. kini aku juga sudah mula membenci seorang lagi diktator, Presiden Bashar Al Assad, presiden Syria, kerana dia pun sudah mula membunuh rakyat sendiri. pada 24 Oktober lalu, mufti besar Libya, Sheikh Sadiq al-Ghariany telah mengisytiharkan bahawa Gaddafi telah murtad dan tidak boleh disolatkan. ini kerana mufti tersebut memberitahu bahawa semasa kehidupan Gaddafi, beliau menjalankan kehidupan seperti seorang bukan muslim. malahan, dikatakan juga bahawa Gaddafi pernah mengutuk Rasulullah. renungkanlah.

P.S :- dulu memang aku suka dia ni, tapi, setelah kekejaman dia banyak keluar dari rakyat Libya sendiri, aku mula membenci dia. aku benci diktator, aku benci pemimpin yang membunuh rakyat sendiri, aku benci pemimpin yang menyeleweng, aku benci pemimpin yang menganiaya rakyat, aku benci pemimpin yang menipu rakyat. terima kasih. tapi aku sayang semua reader aku!


2 comments:

  1. eleh... media skunk nih da x ley pakai... nih sumer bwh zionism... freemasonry n illuminati,,,... susah nk percaye media dah ni..

    ReplyDelete
  2. mulanya fikir camtu gak, tapi lama-lama, orang libya sendiri yang tulis, marahkan kekejaman gaddafi, so, mana nak caya, penindas ke atau orang yang di tindas sekian lama....

    ReplyDelete

Domo-kun Cute