Saturday, 29 October 2011

Hari Ini.

hmm, rasanya, aku ni dah lama tahap gaban tak keluar, dah berbulan juga tak keluar, jadi, dengan bangganya aku isytiharkan, bahawa hari ini, aku keluar juga akhirnya. tak pergi kemana pun, setakat ke Selayang Mall. itu je tahap aku, aku bukan suka sangat pun Bukit Bintang, macam sakai sahaja tempat tu. penuh sangat dengan budak sekolah, malu aku kalau pergi situ, ramai sangat kenalan, nanti start lah jadi awkward bagai. berbalik kepada cerita asal tadi, hari ini, dengan semangatnya aku menempuh trafik  dari rumah aku, tunggu bas berzaman lamanya, memberanikan diri melintas jejantas di warta, dan sampai di Selayang Mall pukul 10 pagi. ya, memang betul pun, 10 PAGI!! pada mulanya, (pagi tadi) aku hajatnya nak ajak Andri, tapi call dia pagi tadi, dia cakap dia tengah beriadah di Taman Metropolitan, aku pun, ok, suit yourself. fikir punya fikir nak ajak siapa pulak, baru lah ternampak nombor Liyana dalam henset aku tu, terus call dia, dia tengah tidur lagi masa tu, aku sebut je nak gi jalan-jalan, terus bangun tidur. semangat punya pasal. pergi macam biasa saja lah, menempuhi trafik bagaikan hero hindustan dalam filem-filem hindustan, menyekat perasaan gayat semasa melintasi jejantas di warta macam Zed Zaidi nak tahan kencing dalam cerita Ngompol. berjalan je lah atas jejantas tu, cover macho. turun je jejantas, terus ada bas. di Selayang Mall tu, main 4 game boling, memang tangan aku ni kuat dan gagah perkasa. pukul 12 lebih camtu, aku, adik aku, dengan kawan dia, terkial2 nak cari masjid, sebab hari ni kan hari jumaat, macam tak tahu pulak kan. berjalan punyalah jauh untuk sampai ke masjid tu, tapi takpe, setiap langkah tu, akan dapat pahala. lepas solat, gi Selayang Mall balik, jumpa balik Liyana, dia pergi merayau rata-rata, siap terserempak dengan ex-madu dia lak tu. pastu kitorang pun singgahlah patung kuning berambut merah kat bawah tu ataupun lebih dikenali sebagai Mcdonald. baham Mcd seround memang best, terutamanya kalau orang belanja. hendak dibuat cerita, entah kenapa pun aku tak tahu, punya lah ramai golongan guru di Selayang Mall tengah hari tadi. mana aku tahu ? guru-guru, terutamanya guru-guru perempuan, diorang akan pakai baju kurung yang cutting dia memang sama dengan cikgu di mana-mana pun di Malaysia, plus aku terserempak dengan 4-5 orang cikgu sekolah aku. yang nak menjadikan cerita ni kelakar, adalah apabila adik aku pergi order makanan di Mcd dengan kawan dia, aku tunggu la dengan Liyana dekat meja tu, semua cikgu-cikgu tu pandang aku dengan Liyana, macam la kitorang ni couple. '=.= negatif betul pandangan diorang tu, aku dengan Liyana pun apalagi, saja jer bercakap "aku kau" kuat-kuat biar diorang tahu yang kitorang ni cuma kawan. lepas tu bergerak ke Giant kat tepi Mcd tu (dalam banyak-banyak tempat la ?). pastu pergi ke Popular pulak, cari buku sekejap, aku beli buku kisah kaum-kaum yang pupus, baru baca 1 bab pun dah rasa best giler. akhir sekali, pusing-pusing, pukul 4.30 baru keluar, terus naik bas, balik ke rumah masing. kebetulan giler, sampai rumah baru lah hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. sekarang ni, tangan aku tengah merasai akibat daripada sekian lama tidak berboling. memang best. :)

P.S :- bagi aku, bukannya satu kesalahan apabila seorang lelaki berkawan baik dengan seorang perempuan. apa salahnya ? masyarakat kita memang suka beranggapan, bila lelaki duduk dengan perempuan mesti couple. hish. aku dah kenal Liyana dari zaman sekolah tadika lagi, sekolah rendah pun sama, sekolah menengah pun tak perlu nak diceritakan lah. pastu, hari ini memang best giler, kiranya macam hari untuk lepaskan stres bagi aku dan Liyana sebelum SPM, lepas SPM nanti, hajatnya, nak berkahwin. percaya lak kau!! hajatnya nak buat benda ni lagi laa, apa la korang ni, otak kuning!! HAHAHA!! bye, love you.

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute