ok, hari ini aku nak ceritakan sikit pasal hari ni, pagi tadi si sekolah ada kelas tambahan, Sejarah dari pukul 8 sampai 10.30, cikgu Fatimah yang ajar, senang je, dia bagi kertas, kitorg buat je lahh,, 2 tajuk je kutt, form 5 lak tuu, aku hari ni memang semangat giler ah gi sekolah, jalan kaki dari rumah aku pergi sekolah... yang kelakarnya masa berjalan dari umah aku ke umah En.Andri nak gi jemput dia, (aku berjalan dgn adik aku), ramai lah pulak orang tengok aku masa tu, aku pun pelik kenapa, aku pun terfikir mungkin sebab rambut aku kott, pegang rambut, elok jerr, takdelah kata kucai ke apa, pastu baru aku teringat, aku tak cukur lagi misai dan jambang aku lagi, mungkin sebab tu lah kot aku nampak agak kelakar sikit, so, untuk balance kan rupa aku masa tu, aku serabaikan rambut aku, perrgghhh, langsung takde orang tgk aku dah lepas tu, so, HYPOTHESIS ACCEPTED... :P , lepas habis kelas tambahan tadi, aku dan beberapa orang kawan2 ku, berjalan nak ke Kirimba Cafe, nak main game dulu, planning dari minggu lepas lagi, asalnya plan tu, nak gi main game, pastu gi KFC, tapi lepas main game tu, ramai2 pulak malas nak gi KFC, so, Ibrahim Maju pun jadilahh, time balik tu, macam biasa jelahh, naik bas dgn En.Andri, sampai rumah, letak beg dan zzzzz seround....
P.S : satu fakta menarik untuk korang semua, genap setahun yang lalu pada hari ini, iaitu, 31 Mei 2010, Gaza Freedom Flotilla (yg kapal Mavi Marmara tu) kena serang dengan Israel menyebabkan 9 orang tak berdosa meninggal dunia, Al-Fatihah... dan lagi satu pulak pada hari ni gak pada 31 Mei 1916, berlakunya salah satu pertempuran paling femes di dunia iaitu "Battle Of Jutland" diantara Britain dan German di Laut Utara, benda ni menarik sbb ia melibatkan satu kapal perang dari Tanah Melayu, link ------>Battle Of Jutland
Kapal dari Tanah Melayu tu ----->HMS Malaya
last of all, <3 YOU ALL.
ok, sambil berjiwang dengar lagu tadi, aku jadi terlampau asyik pulak dengar satu lagu ni, dah lama giler suka kat lagu ni, lagu Kotak Hati oleh Hujan,, aku pun tak tahu kenapa, tapi memang lagu ni sangat menyentuh jiwa,(kalau perempuan dengar x tahulah, tapi selalunya kawan2 aku dengar lagu ni, diorg jadi agak sedih) agak menyentuh perasaan ah lagu ni...
Lirik :-
Tak usah kau terangkan ku tahu,
potret wajahmu di setiap penjuru,
curahkan deritamu padaku,
biarku rasa apa yang kau lalu,
terang terang,
bersama rasa sayang,
ku biarkan kau terbang,
terang terang
sudut kecil ku isi,
untuk senyuman mu lagi,
berbaring renung kita ke bulan,
lagu yang ku tulis ku nyanyikan,
lagu cinta tentang kita berdua,
yang kan kita kenangi hingga tiba masa,
terang terang,
bersama rasa sayang,
ku biarkan kau terbang,
terang terang
sudut kecil ku isi,
untuk senyuman mu lagi,
mimpi mimpi,
yang tak kembali,
aku janji,
janji takkan pergi,
Tak usah kau terangkan ku tahu,
potret wajahmu di setiap penjuru,
curahkan deritamu padaku,
biarku rasa apa yang kau lalu,
terang terang,
bersama rasa sayang,
ku biarkan kau terbang,
terang terang
sudut kecil ku isi,
untuk senyuman mu lagi,
mimpi mimpi,
yang tak kembali,
aku janji,
janji takkan pergi.... (Hujan - Kotak Hati)
Untuk yang tak tahu lagu ni, bolehlah buka link YT
kat sini -----------> Hujan - Kotak Hati
dengar je lagu, terus feeling gilerr....
P.S : hari ni, hari yang agak membosankan, itulah sebabnya aku berjiwang mendengar lagu je hari ni, jadi aku pun rasa baiklah kalau aku kongsi dengan korang lagu ni,, biar ramai2 jiwang musim cuti nie,,, pastu untuk projek add math tu, aku rasa aku dah ada tajuk kutt,, smart giler.... on a final note........... I <3 YOU ALL!!!
ok, hari ni , hari Isnin, 30 Mei 2011, hari ketiga cuti pertengahan tahun musim persekolahan 2011, tahun terakhir persekolahan aku. sepatutnya hari ni ada kelas tambahan BM di sekolah dari pukul 8-2ptg, tapi aku tak pergi, bukannya aku malas sangat, pagi tadi dah semangat dah, siap ready pakai baju sekolah lagi, call En. Andri, dia kata dia malas lak, hancur luluh habis mood aku tadi, langsung tak bersemangat jadinya, so, apa lagi, tukar baju, baring atas katil, zzzz. pastu, tadi aku tengok video clip "Bila aku sudah tiada" oleh Hujan, best giler dowh klip video tu, agak menyentuh perasaan, ye, aku tahulah tu lagu lama, tapi tak salah kalau kita saja nak tengok balik, alang2 time2 cuti nie, bukannya buat benda lain pun, and aku pun bukannya selalu pun bukak YT, so , bila time bukak tu, tengok je lah yang terlintas dalam otak. sekarang ni pulak, tengah dengar lagu jerrr, jiwang lah pulak hari ni... (dah nama pun cuti, ikut sukalah nak buat apa kan??)
P.S : aku ada gak terfikir nak buat projek add math tu, tapi takde mood lagi lahh skang nie, nantilahh... kepada "si dia" jgn terasa tau dengan P.S.2 yg sebelum ini tu, itu ditujukan kepada orang lain, sorry....
ok, mungkin ramai yang dah tahu pasal kekalahan Man Utd pagi tadi kepada Barcelona, ya, aku memang penyokong fanatik Man Utd, tapi nak buat macam mana, dah kalah, kalah je lah,, adat pertandingan lah katakan. kalah 3-1. agak kecewa lah aku hari ni, sedih pun ada gak, so mood aku agak low lah hari ini, tak tahu nak buat apa dah?? sangat2 down skang nih, xpe, tahun depan ada lagi..
Glory Glory Man Utd!!!
P.S : selamat bersara kepada Van Der Sar, terima kasih atas semua sumbangan dia kepada Man Utd sepanjang 6 tahun di Old Trafford, jasamu akan dikenang sampai bila2...
P.S.2 : kepada yang faham2 tu, aku cuma nak cakap sorry kalau kau terasa ke atau aku ada menggangu kau, sangat2 sorry, aku xde niat apa2 pun, aku xde niat pun nak kacau kau dgn dia, aku cuma boleh ucapkan semoga kau berbahagia dengan dia, dan kita still kawan, ingat tu, KAWAN!
hidup ini sungguh susah untuk diduga, kalau semalam terjadi satu benda, esok mungkin jadi benda lain pulak, hari ini mungkin kita gembira, esoknya, kita kecewa, susah untuk kita duga hidup kita. kita takkan pernah tahu apa akan terjadi kepada kita lagi 2 saat, 2 minit, 2 jam, 2 hari, 2 bulan lagi, apakan lagi 2 tahun atau 20 tahun lagi. contoh paling simple, pukul 9 malam semalam, aku ada 2 adik angkat, 2 jam kemudian nya , aku ada 3 adik angkat. contoh lain pulak, masa hari pertama sekolah, aku tak kenal sesape pun, pastu aku jumpa Andri, tak tau pulak aku bahawa sekarang ni, dia bestfren aku. hari ini mungkin kita gembira, esok, mungkin kita menangis atau marah, kita memang takkan tahu apa akan jadi kepada kita esok hari, kecuali bila dah sampai esok hari. apa yang pasti adalah, semalam adalah semalam, hari ini, kita cuba perbaiki diri kita berdasarkan hari semalam, dan berharap bahawa esok hari, kita akan lebih baik dari hari ini. bak kata pengurus Queen's Park Rangers, Neil Warnock dan Cristiano Ronaldo, "i don't know what will happen to me next, tomorrow or the day after that, it's all in god's hands"
P.S : "si dia", walau kehadiran aku dalam hidupmu hanya sebagai kawan , namun aku tetap berasa gembira dan dapat menyinari hidupku yang suram ini... terima kasih kawan,,,