HMMM...
hidup ini sungguh susah untuk diduga, kalau semalam terjadi satu benda, esok mungkin jadi benda lain pulak, hari ini mungkin kita gembira, esoknya, kita kecewa, susah untuk kita duga hidup kita. kita takkan pernah tahu apa akan terjadi kepada kita lagi 2 saat, 2 minit, 2 jam, 2 hari, 2 bulan lagi, apakan lagi 2 tahun atau 20 tahun lagi. contoh paling simple, pukul 9 malam semalam, aku ada 2 adik angkat, 2 jam kemudian nya , aku ada 3 adik angkat. contoh lain pulak, masa hari pertama sekolah, aku tak kenal sesape pun, pastu aku jumpa Andri, tak tau pulak aku bahawa sekarang ni, dia bestfren aku. hari ini mungkin kita gembira, esok, mungkin kita menangis atau marah, kita memang takkan tahu apa akan jadi kepada kita esok hari, kecuali bila dah sampai esok hari. apa yang pasti adalah, semalam adalah semalam, hari ini, kita cuba perbaiki diri kita berdasarkan hari semalam, dan berharap bahawa esok hari, kita akan lebih baik dari hari ini. bak kata pengurus Queen's Park Rangers, Neil Warnock dan Cristiano Ronaldo, "i don't know what will happen to me next, tomorrow or the day after that, it's all in god's hands"
P.S : "si dia", walau kehadiran aku dalam hidupmu hanya sebagai kawan , namun aku tetap berasa gembira dan dapat menyinari hidupku yang suram ini... terima kasih kawan,,,
No comments:
Post a Comment