MAJU...
ok, hari ini aku nak ceritakan sikit pasal hari ni, pagi tadi si sekolah ada kelas tambahan, Sejarah dari pukul 8 sampai 10.30, cikgu Fatimah yang ajar, senang je, dia bagi kertas, kitorg buat je lahh,, 2 tajuk je kutt, form 5 lak tuu, aku hari ni memang semangat giler ah gi sekolah, jalan kaki dari rumah aku pergi sekolah... yang kelakarnya masa berjalan dari umah aku ke umah En.Andri nak gi jemput dia, (aku berjalan dgn adik aku), ramai lah pulak orang tengok aku masa tu, aku pun pelik kenapa, aku pun terfikir mungkin sebab rambut aku kott, pegang rambut, elok jerr, takdelah kata kucai ke apa, pastu baru aku teringat, aku tak cukur lagi misai dan jambang aku lagi, mungkin sebab tu lah kot aku nampak agak kelakar sikit, so, untuk balance kan rupa aku masa tu, aku serabaikan rambut aku, perrgghhh, langsung takde orang tgk aku dah lepas tu, so, HYPOTHESIS ACCEPTED... :P , lepas habis kelas tambahan tadi, aku dan beberapa orang kawan2 ku, berjalan nak ke Kirimba Cafe, nak main game dulu, planning dari minggu lepas lagi, asalnya plan tu, nak gi main game, pastu gi KFC, tapi lepas main game tu, ramai2 pulak malas nak gi KFC, so, Ibrahim Maju pun jadilahh, time balik tu, macam biasa jelahh, naik bas dgn En.Andri, sampai rumah, letak beg dan zzzzz seround....
P.S : satu fakta menarik untuk korang semua, genap setahun yang lalu pada hari ini, iaitu, 31 Mei 2010, Gaza Freedom Flotilla (yg kapal Mavi Marmara tu) kena serang dengan Israel menyebabkan 9 orang tak berdosa meninggal dunia, Al-Fatihah... dan lagi satu pulak pada hari ni gak pada 31 Mei 1916, berlakunya salah satu pertempuran paling femes di dunia iaitu "Battle Of Jutland" diantara Britain dan German di Laut Utara, benda ni menarik sbb ia melibatkan satu kapal perang dari Tanah Melayu, link ------>Battle Of Jutland
Kapal dari Tanah Melayu tu ----->HMS Malaya
last of all, <3 YOU ALL.
susahnya nak komengg
ReplyDelete