Friday, 1 July 2011

SKSTB...

hmm... kepada yang tidak tahu tu, SKSTB stands for Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu. dulu, aku sekolah rendah kat sinilahh, masa muda-muda dulu... kebetulan hari ni, hari pemuafakatan / amik buku rekod, so abah aku ajak aku gi sekolah tu, nak amik buku rekod adik aku, aku pun apa lagi,, on jerr... lepas solat jumaat, terus gi sekolah tuu.. masuk je sekolah tuu, terus rasa sangat pelik, sebab dah 5 tahun aku x jejakkan kaki kat sekolah tuu,, (utk pengetahuan korang, sejak aku berhenti sekolah tu, tahun 2006, aku pernah masuk sekolah tu sekali je sebelum hari ini, tu pun masa form 1, hari anugerah cemerlang).. masa masuk tu, boleh control lagi, pastu abah aku suruh duduk kat kantin dulu, sebab budak2 tgh beratur lagi masa tu... masa duduk tu, rilek je dulu, tgk kantin tu, dah banyak berubah sejak 5 tahun lalu... tempat sinki dulu tu, dah jadi dinding biasa buat sandar.. meja pun dah susun lain... bila duduk kat atas kerusi kantin tuu, tiba2 ada satu deruan emosi yang amat mendalam dalam diri aku, entah kenapa, tiba2 aku rasa nak menangis, tgh org ramai yg amatnya tuu,,, aku cover lah,, lap air mata sikit, lap hidung sikit,, ye lah, budak ramai gila kat situ, abah aku pun ada kat tepi tu, adik aku pun ada gak,, xkan nak nangis kott,, bila aku pegang meja kantin tu, lagilah rasa sedihnya,, air mata dah nak menitik dahh, bila aku nampak budak2 darjah 1 nak naik tangga,, langsung menitik 2-3 titik air mata, aku pun tak tahu kenapa... pastu adik aku naik atas gi amik buku rekod adik aku tuu, aku still lagi tgh tahan sebak.. dalam 20 minit lepastu, barulah aku dapat control balik emosi aku.. alhamdulillah, kalau menangis kat situ memang malulah aku... aku pun kumpulkan kekuatan, naik tangga, tgk bilik guru, masa ni memang aku tak sentuh semua benda (sifat biasa aku adalah suka menyentuh semua benda, sbb tu lah jari ni berjahit), takut tiba2 keluar balik emosi tadi, bilik guru pun dah berbeza.. cikgu2 semua aku dah tak kenal... bilik kaunseling still kat tempat sama lagi... aku naik lagi, tgk kelas2, semua dah ada pintu baru, masa aku sekolah dulu, ada byk kelas takde pintu, maklumlah, sekolah kampung.. tangga tu dah nampak sangat kecil sekarang berbanding 5 tahun lalu.. pastu, bila sampai tingkat atas sekali tu, aku memberanikan diri, pegang dinding, terus datang balik sebak tadi, kena pulak, aku nampak kelas aku masa darjah 5,5 Setia, kelas tu still gak sama.. cuma sekarang dihuni budak2 darjah 1.. cover lah sebak tuu,, org tgh ramai masa tuu,, tgk adik aku tgh beratur lagi dalam kelas, aku pun turunlahh,, pusing2,, yg paling aku terharu adalah papan kat bawah niee.. x silap aku, dari aku darjah 1 lagi dah ada dah..




nasib baik sempat control macho jer, kalau tak dah meraung2 dah menangis...
pusing2 lagi, nampak surau, surau sama sahaja macam 5 tahun yang lalu.. banyak memori kat situ.. jalan2 lagi,, banyak giler flashback,, tgk blok nilam,, blok aku masa darjah 3 dan 6... nampak sama sahaja.. sedih sangat masa niee,, nasib baik org ramai jerr,, kalau tak memang aku dah meraung2, bergolek2 menangis... banyak sgt memori,, pahit dan manis... 


P.S : aku rasa, aku sedih sebab, memikirkan, bahawa tahun nie, tahun last aku sekolah, dan aku pulak pergi tgk balik ke tempat di mana semuanya bermula, sekolah rendah aku.. mungkin sebab itulah aku sebak sangat kutt... haa,, jari aku telah dibuang jahitannya,, balutan tu pun dah buang, still nampak ngeri, tapi, sekurang-kurangnya senang sikit nak buat tugasan harian kalau takde balutan tuu...

 

4 comments:

  1. HAAA?! REALLY!? I used to study there too! Hari tue aq pun melawat gak mse hari guru, jumpa Sir Hamdan and Pn.Halimah. Kenal x? Rindu ar..Dulu kelas apa?

    ReplyDelete
  2. betul, kenal dua2 tuu, sir hamdan cikgu fav aku dulu... duluuu, kelas 6 setia 2006... rindu giler cikgu2 kat sana....

    ReplyDelete
  3. waaah..pandai tue..aq dlu 6 gigih

    ReplyDelete
  4. Kenangan zaman persekolahan memang sangat indah untuk diingat kembali. lebih indah dari alam menara gading. air mata ini pun bergenang sama, segala memori kembali terbit dalam kotak hati ini. hanya org 'cerdik' yg akan memanfaatkan zaman persekolahan mereka dengan sebaik2nya.

    *tengah menyeka air mata yg tumpah. uhuhuuu~

    ReplyDelete

Domo-kun Cute