Sunday, 31 July 2011

PUASA...

hmm, lama aku tak update kan?? maklumlah, makin dekat dengan SPM nie, masa nak beronline pun makin kurang, sibuk sikit, tapi , tujuan aku tulis nie, bukan nak citer pasal tu, aku nak citer pasal bulan puasa, lebih femes lagi, Ramadhan. bulan kesembilan dalam kalendar Islam nie, datang hanya sekali setahun, tetapi cukup bermakna buat ramai orang, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, negara, mahupun kaum. semua orang akan merasai kehadirannya. sebagai contoh, aku suka bulan puasa sebab dapat balik sekolah awal sikit, semua orang dapat balik awal, kalau sekolah balik awal, semua orang suka, betul tak ?? tapi kan, disebabkan aku nak ambik SPM tahun nie, cikgu2 aku tak bagi balik awal, dia suruh balik lambat macam biasa gak.. =.= , tapi takpe, berkorban sikit jer..

2. Bazar Ramadhan
    Aku tahu, semua orang suka benda nieh, ye lah, bukan selalu pun ada, masa nie lah orang ramai menunjukkan bakat masing2 nak meniaga dan memasak, kadang2 tu, terkejut jugak bila tengok jiran kita yang agak blurr, tapi meniaga pandai giler, siap makanan dia sedap giler lak tu, masa nie lah jugak macam2 jenis makanan ada, laksa, mee, bihun, kebab, laksam, nasi kerabu, nasi dagang, dan yang paling femes sekali, MURTABAK... bukan puasa namanya, kalau takde murtabak...

3. Rahmat
    nie memang satu fakta yang diketahui ramai bahawa, bulan puasa nie memang penuh dengan rahmat dan nikmatnya. masa bulan nie lah, syarikat2 besaw2 nak derma duit la, nak buat makan2 la, belanja baju raya la, buat amal kat rumah anak2 yatim, secara tak langsung dapat membantu golongan kurang bernasib baik, kadang2 yang bernasib baik pun dapat gak.. masa bulan nie jugak, tuhan bagi rahmat lebih sikit kepada semua umat manusia di seluruh dunia, tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama. orang Islam sudah tentunya dapat pahala lebih kalau buat baik, orang bukan Islam pun dapat kelebihan jugak, diorg dapat makan tanpa diganggu orang ramai masa rehat, dapat skip kelas sebab kawan2 Muslim diorg ada hal berkaitan bulan Ramadhan, dan macam2 lagi... tengok tu, Tuhan memang MAHA ADIL...


tapi macam mana pun, yang penting, kita kena cuba jadikan Ramadhan kali ini, lebih baik dari yang sebelum2 ini, baiki diri kita, bagi yang nak pekse tahun nie tu, pepandai la study lebih sikit bulan nie, mana la tahu, tuhan nak bagi kita kejayaan lebih sikit ke...

P.S : aku sekarang dah suka kat budak lain, Si Dia jangan marah tau, kita ada hidup masing2, kau ada kau, aku ada aku, yang penting, kita masing2 bahagia, pasal budak baru tu, aku malas nak update blog pasal dia, aku cuma nak jadikan dia sebagai motivation aku untuk SPM tahun nie... (kalau ada motivation, baru semangat nak belajar)

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute