Sunday, 5 June 2011

BINGUNG...

setelah seminggu, aku bagaikan tiada apa2, tiada benda yang terjadi dengan diriku, tiada apa yang signifikan pun yang berlaku kepada diriku, sama ada dari segi fizikal atau mental... tapi tiba2 hari ini,, aku berasa lain, ada deruan darah yang kuat dalam diriku, ada cetusan adrenalin yang tinggi menerusi saluran darahku, degupan jantung menjadi laju semacam, aku menjadi agak kemerahan, tapi bukan kerana aku marah, aku pun tidak tahu apakah ini, aku tidak tahu adakah untuk membenci perasaan ini ?? atau menerimanya dengan hati yang gembira, aku pun tidak pasti, apakah perasaan ini,, bingung sungguh aku dibuatnya...
P.S : entahlah kenapa, bukak FB tadi rasa mcm tu... but, i still LOVE YOU ALL!!! :D

Saturday, 4 June 2011

MASA...

oihhh,, kejap nye masa berlari terbang pergi,, hari ini dah hari sabtu, cuti yang asalnya 2 minggu, hanya tinggal lagi seminggu, dan dalam seminggu yang lepas ni, masa aku banyak dihabiskan dengan selesema dan batuk ku ini, kadang2 aku fikir aku ni dah tua agaknya,, asyik batuk2 jerr. kena pulak aku dah lama gila x cukur misai and jambang aku, nampak tua giler aku sekarang ni, rasa malas je nak cukur, alang2 dah cuti ni, buat dek je lahh, nanti nak dekat hari sekolah nanti aku cukurlah misai & janggut ni, baru nampak kemas sikit, buat masa sekarang ni, aku nampak macam komunis dalam hutan jerr,,, serabut gila,, semoga minggu depan nie akan memberikan nafas baru kepada cuti ini, dan dapat sedikit sebanyak menghilangkan perasaan hiba minggu ini dari diriku ini...
P.S : tak tahulah kenapa, tapi tadi tetiba terfikir pasal Sukan Tahunan,, uihhh rindu gilerr!!!,,, malangnya lambat lagilahhh,,, xpe, aku akan bersedia untuk berkhidmat kepada sekolah pada hari itu,, lastly, LOVE YOU ALL!!!

Thursday, 2 June 2011

DOWN...

wahh!!! walaupun minggu ni cuti sekolah, tapi aku rasa down gila!!! aku pun tak pasti kenapa,,, tapi memang aku sesangat down gila minggu ni, campur-campur pulak, minggu ni sangat "under the weather" a.k.a selesema, batuk, and sedikit demam. itulah sebabnya minggu ni, aku pergi dan balik sekolah jalan kaki, suruh hilang sikit penyakit2 ni,, macam2 terjadi kepada diri aku minggu ni, tapi aku tak nak cerita kat korang pasal tu,, biar sajalah....
P.S : kepada yang boleh bantu aku nie,,, ada ubat tradisional ke, apa ke, tolonglah bagi tau aku, sbb aku ni dah "under the weather" sejak 2-3 minggu dah nie, cuak gak takut "AIDS" ke, "HIV" ke, batuk kering ke, x pun denggi ke, manalah tau,,, lastly, TQ, and LOVE YOU ALL!!!   :D

Tuesday, 31 May 2011

MAJU...

ok, hari ini aku nak ceritakan sikit pasal hari ni, pagi tadi si sekolah ada kelas tambahan, Sejarah dari pukul 8 sampai 10.30, cikgu Fatimah yang ajar, senang je, dia bagi kertas, kitorg buat je lahh,, 2 tajuk je kutt, form 5 lak tuu, aku hari ni memang semangat giler ah gi sekolah, jalan kaki dari rumah aku pergi sekolah... yang kelakarnya masa berjalan dari umah aku ke umah En.Andri nak gi jemput dia, (aku berjalan dgn adik aku), ramai lah pulak orang tengok aku masa tu, aku pun pelik kenapa, aku pun terfikir mungkin sebab rambut aku kott, pegang rambut, elok jerr, takdelah kata kucai ke apa, pastu baru aku teringat, aku tak cukur lagi misai dan jambang aku lagi, mungkin sebab tu lah kot aku nampak agak kelakar sikit, so, untuk balance kan rupa aku masa tu, aku serabaikan rambut aku, perrgghhh, langsung takde orang tgk aku dah lepas tu, so, HYPOTHESIS ACCEPTED... :P , lepas habis kelas tambahan tadi, aku dan beberapa orang kawan2 ku, berjalan nak ke Kirimba Cafe, nak main game dulu, planning dari minggu lepas lagi, asalnya plan tu, nak gi main game, pastu gi KFC, tapi lepas main game tu, ramai2 pulak malas nak gi KFC, so, Ibrahim Maju pun jadilahh, time balik tu, macam biasa jelahh, naik bas dgn En.Andri, sampai rumah, letak beg dan zzzzz seround....
P.S : satu fakta menarik untuk korang semua, genap setahun yang lalu pada hari ini, iaitu, 31 Mei 2010, Gaza Freedom Flotilla (yg kapal Mavi Marmara tu) kena serang dengan Israel menyebabkan 9 orang tak berdosa meninggal dunia, Al-Fatihah... dan lagi satu pulak pada hari ni gak pada 31 Mei 1916, berlakunya salah satu pertempuran paling femes di dunia iaitu "Battle Of Jutland" diantara Britain dan German di Laut Utara, benda ni menarik sbb ia melibatkan satu kapal perang dari Tanah Melayu, link ------>Battle Of Jutland
Kapal dari Tanah Melayu tu ----->HMS Malaya
last of all, <3 YOU ALL.

Monday, 30 May 2011

KOTAK HATI...

ok, sambil berjiwang dengar lagu tadi, aku jadi terlampau asyik pulak dengar satu lagu ni, dah lama giler suka kat lagu ni, lagu Kotak Hati oleh Hujan,, aku pun tak tahu kenapa, tapi memang lagu ni sangat menyentuh jiwa,(kalau perempuan dengar x tahulah, tapi selalunya kawan2 aku dengar lagu ni, diorg jadi agak sedih) agak menyentuh perasaan ah lagu ni...
Lirik :-
Tak usah kau terangkan ku tahu,       
potret wajahmu di setiap penjuru,     
curahkan deritamu padaku,               
biarku rasa apa yang kau lalu,           

terang terang,                   
bersama rasa sayang,        
ku biarkan kau terbang,      
terang terang                    
sudut kecil ku isi,               
untuk senyuman mu lagi,   

berbaring renung kita ke bulan,
lagu yang ku tulis ku nyanyikan,
lagu cinta tentang kita berdua,
yang kan kita kenangi hingga tiba masa,

terang terang,
bersama rasa sayang,
ku biarkan kau terbang,
terang terang
sudut kecil ku isi,
untuk senyuman mu lagi,

mimpi mimpi,             
yang tak kembali,        
aku janji,                   
janji takkan pergi,   

Tak usah kau terangkan ku tahu,
potret wajahmu di setiap penjuru,
curahkan deritamu padaku,
biarku rasa apa yang kau lalu,

terang terang,
bersama rasa sayang,
ku biarkan kau terbang,
terang terang
sudut kecil ku isi,
untuk senyuman mu lagi,

mimpi mimpi,
yang tak kembali,
aku janji,
janji takkan pergi.... (Hujan - Kotak Hati)

Untuk yang tak tahu lagu ni, bolehlah buka link YT
kat sini   ----------->       Hujan - Kotak Hati

dengar je lagu, terus feeling gilerr....
P.S : hari ni, hari yang agak membosankan, itulah sebabnya aku berjiwang mendengar lagu je hari ni, jadi aku pun rasa baiklah kalau aku kongsi dengan korang lagu ni,, biar ramai2 jiwang musim cuti nie,,, pastu untuk projek add math tu, aku rasa aku dah ada tajuk kutt,, smart giler.... on a final note...........  I <3 YOU ALL!!!


  
Domo-kun Cute