Sunday, 31 July 2011

PUASA...

hmm, lama aku tak update kan?? maklumlah, makin dekat dengan SPM nie, masa nak beronline pun makin kurang, sibuk sikit, tapi , tujuan aku tulis nie, bukan nak citer pasal tu, aku nak citer pasal bulan puasa, lebih femes lagi, Ramadhan. bulan kesembilan dalam kalendar Islam nie, datang hanya sekali setahun, tetapi cukup bermakna buat ramai orang, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, negara, mahupun kaum. semua orang akan merasai kehadirannya. sebagai contoh, aku suka bulan puasa sebab dapat balik sekolah awal sikit, semua orang dapat balik awal, kalau sekolah balik awal, semua orang suka, betul tak ?? tapi kan, disebabkan aku nak ambik SPM tahun nie, cikgu2 aku tak bagi balik awal, dia suruh balik lambat macam biasa gak.. =.= , tapi takpe, berkorban sikit jer..

2. Bazar Ramadhan
    Aku tahu, semua orang suka benda nieh, ye lah, bukan selalu pun ada, masa nie lah orang ramai menunjukkan bakat masing2 nak meniaga dan memasak, kadang2 tu, terkejut jugak bila tengok jiran kita yang agak blurr, tapi meniaga pandai giler, siap makanan dia sedap giler lak tu, masa nie lah jugak macam2 jenis makanan ada, laksa, mee, bihun, kebab, laksam, nasi kerabu, nasi dagang, dan yang paling femes sekali, MURTABAK... bukan puasa namanya, kalau takde murtabak...

3. Rahmat
    nie memang satu fakta yang diketahui ramai bahawa, bulan puasa nie memang penuh dengan rahmat dan nikmatnya. masa bulan nie lah, syarikat2 besaw2 nak derma duit la, nak buat makan2 la, belanja baju raya la, buat amal kat rumah anak2 yatim, secara tak langsung dapat membantu golongan kurang bernasib baik, kadang2 yang bernasib baik pun dapat gak.. masa bulan nie jugak, tuhan bagi rahmat lebih sikit kepada semua umat manusia di seluruh dunia, tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama. orang Islam sudah tentunya dapat pahala lebih kalau buat baik, orang bukan Islam pun dapat kelebihan jugak, diorg dapat makan tanpa diganggu orang ramai masa rehat, dapat skip kelas sebab kawan2 Muslim diorg ada hal berkaitan bulan Ramadhan, dan macam2 lagi... tengok tu, Tuhan memang MAHA ADIL...


tapi macam mana pun, yang penting, kita kena cuba jadikan Ramadhan kali ini, lebih baik dari yang sebelum2 ini, baiki diri kita, bagi yang nak pekse tahun nie tu, pepandai la study lebih sikit bulan nie, mana la tahu, tuhan nak bagi kita kejayaan lebih sikit ke...

P.S : aku sekarang dah suka kat budak lain, Si Dia jangan marah tau, kita ada hidup masing2, kau ada kau, aku ada aku, yang penting, kita masing2 bahagia, pasal budak baru tu, aku malas nak update blog pasal dia, aku cuma nak jadikan dia sebagai motivation aku untuk SPM tahun nie... (kalau ada motivation, baru semangat nak belajar)

Tuesday, 19 July 2011

FUTSAL...

hmm.. post ni memang agak lambat sedikit, tapi, ikut suka aku laa, nama pun blog aku. hari sabtu hari tu, 16 Julai 2011, ada pertandingan futsal di sekolah, andri ajak aku masuk team dia, nak penuhkan pasukan jerr, kitorg lawan lambat giler hari tu, pukul 11.30 baru start first game kitorang. kitorg masuk yang form 5 punya, ada 5 pasukan lain selain daripada kitorg, nama pasukan kitorg = Muhd Iqbal. knape pelik sgt nama ??? nie sebab andri la nie, salah tulis nama kat atas borang tu... first game kitorg, lawan pasukan M. Amir Farid, memang nama pasukan dia mcm tu, diorg pun sama mcm kitorg gak, salah tulis atas borang tuh, kitorg menang 2-0, game nie aku tak main, dia buat format liga, so, semua team, lawan dengan semua team laa, second game, lawan Unknown FC, aku sempat main game nie, menang 1-0.. third game, lawan Amerika FC, team paling kuat hari tuu, cuak giler kitorg... teruk kitorg kena.. kalah 4-0... aku sempat main sekejap game nie... memang kena menggila lawan diorg niee... :'(, lepastu lawan Purnama Merindu FC, nie pun kitorg kalah gak, 3-0, tapi kitorg xde ah main teruk sangat, ada peningkatan sikit, aku main second-half je game nie, nasib baiklah ada tiang gol dan badan kitorg tahan bola, kalau tak, lagi teruk lah kena,,, last game, lawan KG FC, aku start game nie, sepanjang game tu, aku duk kat belakang jer, tahan striker diorg, pastu, tinggal lagi kurang seminit lagi, sally tukar dengan aku, aku keluar jer, terus KG FC skor... kalah 1-0.... tapi, kitorg jadi no.3 hari tu, maknanya kitorg layak pergi semi-final sabtu nie, 23 Julai 2011... lawan kitorg nanti, Purnama Merindu FC... memang mencanak ahh...

P.S : tak sabar nak tunggu hari kantin sabtu nie... last time hari kantin... pastu , wish us luck for the semi-finals!!

Tuesday, 12 July 2011

UPDATE...

hmm, hari ni, takde nak citer banyak, cuma nak bagitau korang semua tentang keadaan aku sekarang, sekarang nie, setelah sekian lama meninggalkannya, aku telah kembali semula gaming, dah lebih kurang setengah tahun tak main game, lama kutt. pastu, aku sekarang asyik bertweeter pulak, dah lama dah buka akaun, tapi, tak aktif, start aktif menggila pun sejak 2-3 minggu yang lepas nie, memang twitter agak sakai, kalau lawan dengan facebook, memang facebook menang, tapi, dia ada beberapa kelainan yang memberi keistimewaan yang tersendiri kepadanya. haa, sejak bergaming nie, facebook pun dah berkurang dah, blog pun kadang2. then, minggu lepas memang sangat sibuk giler, letih yang amatnya!!! tapi, aku tak nak merungut pun pasal tu, sebab, skang nie dah tahun akhir sekolah, bila lagi nak rasa letih giler sebab sukan sekolah kan??

P.S : hmm, filling the void by doing something fun like gaming is not enough, the void is still there, it really sucks...

Friday, 8 July 2011

CHANCE...

if i have a chance to be with you, i would take it with both my hands, never let you be lonely, always be there for you, always care for you, always thinking of you. if i don't have that chance, and you are with someone else, i am more than happy to just become a spectator, nothing more, nothing less.

P.S : you may not know this, but i really love you, i never told you about it because i don't want you to be burdened by it, i want you to be happy, you are beautiful, just the way you are...

Tuesday, 5 July 2011

LARIAN...

post nie memang, sememangnya, amat terlewat, tapi, sebab ada cerita nih, nak lah aku kongsi dengan korang semua... ok, pagi itu bermula seperti pagi2 yang lain, bangun pukul 5.50, sedangkan alarm di set utk berbunyi pukul 6. pukul 6, mandi, solat, makan, tgk tv 20 minit, cari beg. 6.50, naik kereta menuju ke sekolah, sampai kat sana, cikgu terus suruh beratur,, dia kata nak mula larian pukul 7.45, biar serentak dengan seluruh malaysia.... pelik jerr, dalam 7.30 macam tu, mula bergerak ke taman permainan di taman selayang, yang bawak kitorang, tak lain tak bukan, Pn.Azizul, semangat dia berjoging pagi tuu,,, lintas jalan bukan ikut traffic light, tapi lalu jejantas... bersumbat reramai atas jejantas tuu,,, ramai giler budak sementas sertai larian tuu,,, duk atas jejantas tu, boleh nampak budak sementas ramai giler... sampai kat padang tu, tgk budak2 seri selayang dah bersedia nak mula dahh,, diorang sampai awal sikit drpd sementas, tapi budak2 diorang sikit gilerr,, tak penuh pun satu taman permainan tuuu... diorang mula dulu.. semangat jer yang budak paling depan diorang pecut menggiler, tapi arah salah... hahaha, org suruh masuk kiri, dia gi pecut kekanan, budak2 sementas apa lagi, gi boo diorang tu menggiler... hahaha. pastu , tibalah giliran sementas, aku gi duduk depan sekali.. semangat... dengan kamera ditangan serta beg disandang, bunyi jerr hon tu, terus aku pecut,, tapi kejap jelahh, sebab jammm, budak2 seri selayang bukannya lari, diorang jalan perlahan2... susah gila nak pecut, ramai sangat orang nak melenggang sahaja... sampai kat jejantas lagi kelakar,, dah naik separuh jalan, cikgu sekolah rendah halau, suruh turun balik, nak suruh budak sekolah rendah lalu dulu,,, turun balik, lepas turun dalam 50-60 orang budak sekolah rendah, kitorang pun serbu naik balik, dia halau lagi... kali ni, kitorang pegang tiang jejantas tu, tak nak turunnn,,,, sial jerr... bila cikgu tengok macam tu, dia bukaklah satu lane, naiklah sorang2... turun je belah sana, aku terus pecut balik... aku jadi top 20 kottt,,, hak3!! lepas sain nama , lepak2 jap, amik gambar sikit,, (dalam post yg seterusnya nanti aku post gambar2 tu ehh,, laptop rosakk.. )  pastu jumpa Ezrin dgn Mayang Zahirah, then acara tarik tali... tu yang paling best tuu... Rumah Hijau menang dowhh tarik tali!!!! siap aku jadi kapten lagi... lepas tarik tali tuu, jadi kecemasan jap, pastu pack-up, hantar barang2 kat tempat Cikgu Rozana, then balik,,, 


P.S : pertama sekali, terima kasih sebab masih membaca blog aku yang sakai ini,,,, kedua, terima kasih kepada budak rumah hijau hari tu, sebab buat yang terbaik untuk menang... lepastu, bubbye... :DD love you all!!!

Friday, 1 July 2011

SKSTB...

hmm... kepada yang tidak tahu tu, SKSTB stands for Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu. dulu, aku sekolah rendah kat sinilahh, masa muda-muda dulu... kebetulan hari ni, hari pemuafakatan / amik buku rekod, so abah aku ajak aku gi sekolah tu, nak amik buku rekod adik aku, aku pun apa lagi,, on jerr... lepas solat jumaat, terus gi sekolah tuu.. masuk je sekolah tuu, terus rasa sangat pelik, sebab dah 5 tahun aku x jejakkan kaki kat sekolah tuu,, (utk pengetahuan korang, sejak aku berhenti sekolah tu, tahun 2006, aku pernah masuk sekolah tu sekali je sebelum hari ini, tu pun masa form 1, hari anugerah cemerlang).. masa masuk tu, boleh control lagi, pastu abah aku suruh duduk kat kantin dulu, sebab budak2 tgh beratur lagi masa tu... masa duduk tu, rilek je dulu, tgk kantin tu, dah banyak berubah sejak 5 tahun lalu... tempat sinki dulu tu, dah jadi dinding biasa buat sandar.. meja pun dah susun lain... bila duduk kat atas kerusi kantin tuu, tiba2 ada satu deruan emosi yang amat mendalam dalam diri aku, entah kenapa, tiba2 aku rasa nak menangis, tgh org ramai yg amatnya tuu,,, aku cover lah,, lap air mata sikit, lap hidung sikit,, ye lah, budak ramai gila kat situ, abah aku pun ada kat tepi tu, adik aku pun ada gak,, xkan nak nangis kott,, bila aku pegang meja kantin tu, lagilah rasa sedihnya,, air mata dah nak menitik dahh, bila aku nampak budak2 darjah 1 nak naik tangga,, langsung menitik 2-3 titik air mata, aku pun tak tahu kenapa... pastu adik aku naik atas gi amik buku rekod adik aku tuu, aku still lagi tgh tahan sebak.. dalam 20 minit lepastu, barulah aku dapat control balik emosi aku.. alhamdulillah, kalau menangis kat situ memang malulah aku... aku pun kumpulkan kekuatan, naik tangga, tgk bilik guru, masa ni memang aku tak sentuh semua benda (sifat biasa aku adalah suka menyentuh semua benda, sbb tu lah jari ni berjahit), takut tiba2 keluar balik emosi tadi, bilik guru pun dah berbeza.. cikgu2 semua aku dah tak kenal... bilik kaunseling still kat tempat sama lagi... aku naik lagi, tgk kelas2, semua dah ada pintu baru, masa aku sekolah dulu, ada byk kelas takde pintu, maklumlah, sekolah kampung.. tangga tu dah nampak sangat kecil sekarang berbanding 5 tahun lalu.. pastu, bila sampai tingkat atas sekali tu, aku memberanikan diri, pegang dinding, terus datang balik sebak tadi, kena pulak, aku nampak kelas aku masa darjah 5,5 Setia, kelas tu still gak sama.. cuma sekarang dihuni budak2 darjah 1.. cover lah sebak tuu,, org tgh ramai masa tuu,, tgk adik aku tgh beratur lagi dalam kelas, aku pun turunlahh,, pusing2,, yg paling aku terharu adalah papan kat bawah niee.. x silap aku, dari aku darjah 1 lagi dah ada dah..




nasib baik sempat control macho jer, kalau tak dah meraung2 dah menangis...
pusing2 lagi, nampak surau, surau sama sahaja macam 5 tahun yang lalu.. banyak memori kat situ.. jalan2 lagi,, banyak giler flashback,, tgk blok nilam,, blok aku masa darjah 3 dan 6... nampak sama sahaja.. sedih sangat masa niee,, nasib baik org ramai jerr,, kalau tak memang aku dah meraung2, bergolek2 menangis... banyak sgt memori,, pahit dan manis... 


P.S : aku rasa, aku sedih sebab, memikirkan, bahawa tahun nie, tahun last aku sekolah, dan aku pulak pergi tgk balik ke tempat di mana semuanya bermula, sekolah rendah aku.. mungkin sebab itulah aku sebak sangat kutt... haa,, jari aku telah dibuang jahitannya,, balutan tu pun dah buang, still nampak ngeri, tapi, sekurang-kurangnya senang sikit nak buat tugasan harian kalau takde balutan tuu...

 
Domo-kun Cute