Sunday, 19 June 2011

HARI BAPA...

ok, esok, or ikut jam sekarang, hari ni, ialah hari bapa, selepas aku search di google, baru aku tahu bahawa di malaysia, pada setiap hari ahad ketiga adalah hari bapa. nasib baiklah aku terfikir nak search tadi, kalau x, malu je lebih esokk.. ok, kepada aku, hari bapa bermaksud, hari dimana semua orang di seluruh dunia ini, berhenti sebentar dari kesibukan masing2, dan menghargai dan mengingati semula segala pengorbanan dan jasa seorang insan istimewa yang bergelar bapa. semua orang ada bapa, borak kalau kata takde bapa, kecualilah Nabi Isa, dia special-case, tapi orang lain semua mesti ada bapa, tanpa seorang bapa, siapalah kita di dunia ini, takkan pernah wujud pun kita ni. bila kita fikir balik, memang banyak pengorbanan yang golongan istimewa ini telah lakukan kepada kita, tak tahu macam mana nak bayar balik, memang takkan boleh nak bayar balik, sampai bila2 sekalipun... terima kasih Abah...

P.S : pertama sekali, selamat hari bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa/ayah/abah/papa/baba dan berbagai lagi, jasamu akan dikenang sampai bila2, kedua pula, kepada semua wanita yang bergelar ibu, jgn jeles ehh, hari tu dah hari Ibu dah, sekarang hari bapa pula, so, esok cubalah kurangkan sedikit bebelan terhadap suami mu itu, biar sekali-sekala dia berehat.. :P... lastly LOVE YOU ALL!!

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Cute