hmmm... hari ni, tergerak pulak hati aku nak menceritakan tentang "fairytale ending". ada lagi benda macam ni dalam zaman moden sekarang ni? ada lagi ke orang yang hidup dia memang terseksa giler, lepastu datang seorang mamat/minah yang akan membantu dia balik then happily ever after?? ada ke ? memang semua orang mengharapkan benda ini terjadi, tapi hakikatnya, memang benda ni tak wujud pun.. kita selalu mengharapkannya, selalu berfikir tentangnya, tapi akhirnya kecewa sebab tahu kenyataannya.. dari satu segi, memang fairytale ending nie sangat tak bagus, memberikan harapan palsu kepada seseorang itu, dan dalam sesetengah kes, mental breakdown, dan dalam kes serius : BUNUH DIRI... akan tetapi, ada juga aspek baiknya, iaitu, ia akan memberikan sifat optimis di dalam seseorang itu, walau seteruk mana pun keadaan itu, dan sentiasa positif menghadapi kehidupan
kesimpulannya :- benda ni bukannya takde, ada, so, sama2 lah kita berharap tuhan dah plan kan benda itu untuk kita... tapi, dalam berharap tu, kenalah berpada2,, takut nanti terbawak2, pastu jadi kes serius macam kat atas tadi.. :D
P.S : hmm... soalan basi.. jari camne ? hmm.. camtu jelah, lontar peluru ? kalah, dapat no.6 jer, harapan sekarang tarik tali sabtu ni jelahh....
ok, tadi, lepas balik sekolah tu, aku mandi, then tukar balutan dia dulu, yelah, darah x berhenti keluar, petang tadi pun tukar lagi sekali balutan tu, darah still keluar gak, tapi xde lah byk sgt macam tghhari td, tadi pulak, pergi klinik, doktor tu tgk jer jari aku, terus dia ckp,"kena jahit ni", dalam otak dah fikir macam2 dah... tp, nak wat camne, bkn salah org lain pun, salah aku gak gi pgang semua benda buat apa kan... kena bius, "3 bulan kebas punya" hahaha,,, first time kena jahit, sakit tak?? agak ah, xde ah sakit sgt, dah kata kena bius kann... kena tiga jahitan,, suka jer aku tgk jarum dia... besar elok jerr... :P
lepas tiga jahitan..
hmmm,,, skang ni pulak, dah mula rasa sakit dah, sbb bius dia dah mula menghilangkan kesannya....
P.S : kesimpulannya, jangan lah kita suka2 pegang semua benda, nanti jadi macam aku ni,.. nasib baiklah aku ni BSMM, kalau tak, tak tahulah aku apa aku buat,,,,
hmmm, hari ini hari khamis, 23 jun 2011, birthday BFF aku En.Andri Ansah, semoga kau panjang umur dan bahagia selalu.. tapi tujuan aku update ni bukan sebab itu, macam yang dicadangkan oleh tajuk kat atas tu, hari ni aku tercedera, teruk ke?? aku rasa tak, tapi dalam gak ah luka tu,, nak kebas dah jari aku ni,, macam mana jadi?? hmmm... hari ni, masa balik sekolah tadi ada pertandingan jejak sains, kira macam explorace lahhh, ok, masa tgh syok2 ber-jejak sains tuu, masa tgh berlari dekat depan tangga guru tu, ada satu selekoh tajam, aku pegang kat tepi koridor tu, mungkin ada paku ke, atau apa2 lah yg tajam dan merbahaya, kena kat tgn aku... siap aku rentap lagi tarik jari aku tu,,, mula2 tu rasa pedih jerr, pastu, tiba2 tgk tgn... haa!!! amik kau!! darah penuh,,, aku buat dek jerr dulu, nak bantu team aku, but then, menitik2 dah darah tu... aku pun turunlah pi basuh tangan, masa basuh tangan tuu... tuhan je lah tahu pedihnya,,, baru lah nampak sedalam mana luka tuu,, dalam gilerr,,, darah tak berhenti keluar...
lepas dibalut..
lepas cuci tangan tu, darah still keluar gak, naik atas, gi tempat cikgu Rozana, bukak kotak kecemasan, masa nilah team aku perasan yang tangan aku dah luka... afidz nampak jer tangan aku terus meremang bulu roma dia, liyana pun sama, tapi aku tak marahkan diorg sbb, diorg tu mmang x leh tgk darah punn, terus diorg turun, darah aku dah menitik menggila dah masa ni, shazlin pun ada kat situ gak, dia pun tolonglah balut luka aku tuu, THNX LIN!!! lpas balut tu, trus turun, basuh tangan dan sambung ber-jejak sains... sakit ke?? ntah lahh, tadi masa mula2 kena tu, memang pedih, tapi, lelaki kan, xkan lah nak memekik terlolong sakit,... ecececececececcec....
P.S : ok, sekali lagi HAPPY BIRTHDAY ANDREW!!!,,, pastu kepada semua yang nak menyertai jejak sains lain kali, jgn lah korang gi pegang2 semua benda, ataupun excited yg amatnya masa berlari, nanti jadi macam aku nii... :P
hmm... kenapalah aku asyik kalah jer dalam "permainan" itu, asyik tak boleh, asyik tak berjaya, asyik melepas, asyik terlepas, dan asyik hilang begitu sahaja. macam manalah aku nak berjaya dalam "permainan" ini?? orang kata practice makes perfect, masalahnya, aku asyik teruk je dalam "permainan" ini... tak tahu nak buat macam mana lagi... aku rasa, aku ni memang malang dalam "permainan" ini, memang takde skill, takde kepakaran, takde pengalaman... kalau permainan lain, memang senang aku kuasai, tapi "permainan" ini... susah betul... ntah macam mana orang boleh buat pun aku tak tahu, memang aku kureng bab "permainan" ini....
P.S : aku tak tahulah kenapa, tapi memang aku teruk dalam "permainan" itu.... :'( (nie post ke 50... )kejap jer masa berlalu, dah post yang ke 50....
ok, esok, or ikut jam sekarang, hari ni, ialah hari bapa, selepas aku search di google, baru aku tahu bahawa di malaysia, pada setiap hari ahad ketiga adalah hari bapa. nasib baiklah aku terfikir nak search tadi, kalau x, malu je lebih esokk.. ok, kepada aku, hari bapa bermaksud, hari dimana semua orang di seluruh dunia ini, berhenti sebentar dari kesibukan masing2, dan menghargai dan mengingati semula segala pengorbanan dan jasa seorang insan istimewa yang bergelar bapa. semua orang ada bapa, borak kalau kata takde bapa, kecualilah Nabi Isa, dia special-case, tapi orang lain semua mesti ada bapa, tanpa seorang bapa, siapalah kita di dunia ini, takkan pernah wujud pun kita ni. bila kita fikir balik, memang banyak pengorbanan yang golongan istimewa ini telah lakukan kepada kita, tak tahu macam mana nak bayar balik, memang takkan boleh nak bayar balik, sampai bila2 sekalipun... terima kasih Abah...
P.S : pertama sekali, selamat hari bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa/ayah/abah/papa/baba dan berbagai lagi, jasamu akan dikenang sampai bila2, kedua pula, kepada semua wanita yang bergelar ibu, jgn jeles ehh, hari tu dah hari Ibu dah, sekarang hari bapa pula, so, esok cubalah kurangkan sedikit bebelan terhadap suami mu itu, biar sekali-sekala dia berehat.. :P... lastly LOVE YOU ALL!!
ok, hari ini aku agak frust sikit sebab salah seorang kawan aku telah dipukul oleh beberapa gengster pengecut takde k*t*, kalau nak pukul orang elok2 ah sikit, setakat serang jerr , apa barang.. dasar PENGECUT!!! berani lawan depan2 ah,, baru tahu jantan ke tak,, ni tak, gi serang orang, 4 lawan 1 apa barang derrr,,, baik korang balik rumah, potong jer k*t* korang tu, bagi makan anjing, lagi bagus, drpd korang bawak benda tu rata-rata, buat malu kaum adam jerr, ntah2 anjing2 tu pun tak terima korang punya tuu,,, HAISHH!!!! SIAL!!!!
P.S : kepada reader, tahan sikit eh bahasa kasar aku tu, tapi, memang aku marah giler ngan diorang tuu, sial betul!! lastly, <3 YOU ALL!!
ok, post aku hari ni akan berkisar mengenai cuti sekolah yang lalu ini. kesimpulannya, cuti 2 minggu ni, agak best dan dapat banyak merehatkan aku yang letih ini, minggu pertama tu, agak tak best lahh, sbb kena gi sekolah dan beberapa benda lain lagi, tapi minggu kedua tu, aku rasa memang best giler,, kerja nyer melepak jerrr, online FB, baca blog, main game ngan kawan, best lahh, sampai tak ingat langsung kerja sekolah,,, sepatah haram tak buat!! :P cuti pun terlebih dua hari, sampai hari ni.. hahaha. esok baru gi sekolah, ikut suka jerr ponteng kelass. aku ponteng sekolah pun bukannya sesajerr, balik kampung lah katakanggg... balik kejap jer, 5 hari, jumaat sampai selasa. ni pun aku baru sampai selayang jer ni.. mandi2, solat, terus online, ye lahh, rindu lah katakangg... :D ... balik kampung pun takdelah buat pape sangat pun. asyik tidor jerr, boleh lak time aku nak bergembira tu, nak demam pulak, tidor je lahh kerja nyer, sempat pun gi pasar jerr, tu pun kejap jerr. selain pada tu, xde pape lah yang aku buat kat sana, tapi overall memang best lah balik kampungg, walaupun kalah hari tu, tapi nak buat camne, adat pertandingan lah katakann. sekarang ni, aku risau giler pasal result aku nanti,, huishhh harap2 dapat lah capai target aku tuuu,, jgn fail banyak sudahlahh.... amin. P.S : haishh, dah lama tak online nie, lupa pulak apa aku selalu buat masa online, short-term memory loss kann... esok nak gi sekolah pulakk... result2!! wish me luck... <3 YOU!!!
haishh, kesian aku tengok dia tu, sorang kawan aku ni, dia perempuan , kita panggil dia "Cik Malang", aku kenal Cik Malang ni x lama, ada lahh, dalam x sampai stengah tahun kutt, mungkin setahun, cerita dia macam ni, dulu aku ada gak suka dia ni, tapi, suka tahap suka jelahh, tak lebih dari tu, aku pernah bagitau dia pasal tu, dan dia terima biasa jerr, :P, ok, macam ni, dah nak dekat sebulan gak Cik Malang ni couple ngan balak dia, kita panggil dia "En.Balak", En.Balak nie, perangai agak teruk, isap rokok lah, dan berbagai lagi perkara buruk yang aku malu nak cerita dekat sini, okay, hari tu masa diorang couple, aku cuma happy jelah untuk diorang, yelah, org nak bercouple kan, kita sokong jelahh, mula2 tu takde pape pun,, aku dan semua orang pun fikir diorang tgh bahagia gilerr,, sampailah satu hari tu, Cik Malang ni, asyik post pelik2 kat FB, aku pun rasa pelik, jgn kata aku jer, semua rasa pelik, cakap x in love lah, tak suka lahh,, dan macam2 lagi, kebetulan pulak aku jumpa kawan aku sorang ni, kita panggil dia "En.Kawan", En.Kawan nie, dia agak rapat dgn Cik Malang, dan Cik Malang selalu mengadu pasal En.Balak kat En.Kawan, mcm2 dia citer, dia kata, En.Balak tu kapel je lebih, tapi selalu tak layan, mesej pun tak ikhlas, call x yah harap lahh,, jumpa? jauh sekali... kesian giler Cik Malang tuuu,,, bila En.Kawan citer kat aku pasal tu, aku rasa agak sedih, sbb En.Balak tu memang perangai cam tuuuttt tuhan jelah tahu, ada awek, tapi layan cam s1*l,, s1*l nyer En.Balak!! sejak hari tu, aku asyik fikir je pasal tu, dan kalau boleh, aku nak cakap kat Cik Malang tu, break je lah weyy,,, jantan ramai lagi kat dunia yg akan hargai kau tu lebih lagi berbanding dgn En.Balak s1*l tu,,, itu jelah nasihat aku kpd kau, bkn aku ada niat x baik, tp aku kesian tgk kau,, aku kalau boleh nak tengok kau bahagia di dunia ini, tak kiralah dengan sape pun...
P.S : kepada pembaca2 aku, jangan terasa heh, sbb aku tujukan ini kepada Cik Malang, dan bukan kepada korang, langsung takde kaitan dgn korang, dan kemungkinan besar giler yg amatnya bahawa Cik Malang, En.Balak, mahupun En.Kawan akan baca pun artikel, tujuan aku tulis artikel adalah untuk ceritakan kpd korang untuk diambil teladan, itu jerrr, TQ and love you all!!!
ok, macam tajuk tu cadangkan, hari ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang dua orang bestie a.k.a BFF aku kat dunia ni, iaitu Andri Ansah, alah, sapa yang tak kenal dia kan?? orang paling HOTT kat Taman Selayang ni and some say Sungai Kertas... pastu yang kedua pulak ialah, Ayien, atau korang mungkin lebih kenal dia dengan panggilan Muhd Shaz atau Shazreen atau beberapa lagi lah nama dia tuu,,, ok, biar aku mulakan dengan yang pertama Andri...
Andri Ansah.. ok, aku jumpa dia ni, masa form 1 , kelas 1 Arif, muka dia memang agak berbeza ah dari yg skang ni, dulu dia macam chubby skit, tapi makin lama jadi kurus skit, gila kelakar gambar dia masa dlm majalah tahunan tahun tuuu,,, :P apa yang best pasal dia?? dia ni selalu menyokong aku nak buat benda, tak kiralah baik atau buruk, selalunya baiklahh,, pastu lagi satu, kalau time main bola, orang lain selalunya memang takkan pass bola kat aku, tapi dia tetap gak cuba pass bola tu kat aku, walaupun dia tahu aku ni agak berkaki bangku... THNX Andri!!!
Ayien...
ok, citer pasal ayien plak, aku jumpa first time masa tahun lepas, hari first sekolah, dia baru pindah tahun lepas dari Darul Ehsan, mula2 tu memang aku agak anti ah dia ni, sbb perangai dia masa tu agak kejam skit, tapi makin lama tu, dia jadi makin baik and friendly, dia start jadi bestie aku thn nie, sbb utama dia jadi bestie aku, adalah sbb, dia ni pn sering menyokong aku kalau aku nak buat sesuatu, tak kiralah baik ke buruk, lebih kurang macam Andri gak ah, time main bola pun sama, aku tak tahulah apa mimpi diorang ni nak bagi aku bola tu, walaupun aku ni kaki bangku, jangan kata main bola saja, apa2 sukan je lah, diorang selalu ada membantu aku,,, kalau xde diorang ni, tak tahulah aku macam mana nak menempuhi liku-liku kehidupan di selayang ni,.. THNX Ayien and Andri!!! P.S : terima kasih sesangatnyer Andri and Ayien sbb selalu membantu aku dalam hidup ni, aku harap kita boleh kekal macam ni sampai bila-bila,, Amin..
korang mesti tertanya2 kan, kenapalah tajuk pelik sangat, x , aku hari ini nak menceritakan serba sedikit tentang tabiat buruk aku iaitu, menggigit kuku. aku tak tahulah bila aku mula menggigit kuku, tapi yang pastinya bila darjah tiga tu, aku dah memang menggiler dah gigit kuku, (sebelum tu, aku isap jari, ntah kenapa tiba2 gigit kuku pulak). dulu aku tak keseorangan menggigit kuku, masa sekolah rendah dulu, ada sorang kawan aku ni, dia pun suka gak gigit kuku, tapi malang nya, dia dah meninggal dah... ramai gak orang yang tanya aku, aku gigit kuku ni, sengaja ke atau tak sengaja, aku pun tak tahu nak cakap macam mana, kadang2 tengah duk diam sesajer tu, tap!! kuku digigit, memang aku rasa, aku ni gigit kuku secara tak sengaja kutt, yang paling tension nyer masa bulan puasa,, hishhh, tengah diam blurr2 tu, tetiba, dgn x perasan langsung, aku gigit kuku, memang kadang2 aku tak perasan pun yg aku ni tgh gigit kuku, sampailah org lain tegur,,, malu jerrr... selalu gak dulu, orang2 tegur kata kotor, tapi aku buat dekk jerr, bukannya ada pape pun kat kuku aku, pernah sekali aku dirotan oleh ustaz aku sbb gigit kuku masa sekolah agama dulu, tapi sejak di sekolah menengah ni, orang dah tak tegur dah, cikgu2 pun buat dekk jerr... hari tu aku ada gak terbaca pasal gigit kuku ni, saintis tu kata orang yang suka gigit kuku ni, orang yg sering tertekan, aku tak tahulah betul ke tak, mungkin jugak kott, sbb tu aku gigit kuku.. ntahlah, hanya tuhan yg tahu... adakah aku akan tinggalkan tabiat "buruk" aku ini?? aku rasa buat masa terdekat ni, tak kott, susah kut nak buang sesuatu tabiat itu,, tgk lah dua tiga tahun lagi, mana tahu aku berhenti gigit kuku kerr?? ntahlah,, terpulang kpd Allah... P.S : cuti2 ni memang membosankan, xde ilham nak buat apa2 pun... pastu lagi satu, korang perasan ke tak yang aku dah letak shoutbox kat tepi tu?? xde pn org yg nk menggunakan fasiliti tu,,, kemonlah.... :D LOVE YOU!!!
setelah seminggu, aku bagaikan tiada apa2, tiada benda yang terjadi dengan diriku, tiada apa yang signifikan pun yang berlaku kepada diriku, sama ada dari segi fizikal atau mental... tapi tiba2 hari ini,, aku berasa lain, ada deruan darah yang kuat dalam diriku, ada cetusan adrenalin yang tinggi menerusi saluran darahku, degupan jantung menjadi laju semacam, aku menjadi agak kemerahan, tapi bukan kerana aku marah, aku pun tidak tahu apakah ini, aku tidak tahu adakah untuk membenci perasaan ini ?? atau menerimanya dengan hati yang gembira, aku pun tidak pasti, apakah perasaan ini,, bingung sungguh aku dibuatnya... P.S : entahlah kenapa, bukak FB tadi rasa mcm tu... but, i still LOVE YOU ALL!!! :D
oihhh,, kejap nye masa berlari terbang pergi,, hari ini dah hari sabtu, cuti yang asalnya 2 minggu, hanya tinggal lagi seminggu, dan dalam seminggu yang lepas ni, masa aku banyak dihabiskan dengan selesema dan batuk ku ini, kadang2 aku fikir aku ni dah tua agaknya,, asyik batuk2 jerr. kena pulak aku dah lama gila x cukur misai and jambang aku, nampak tua giler aku sekarang ni, rasa malas je nak cukur, alang2 dah cuti ni, buat dek je lahh, nanti nak dekat hari sekolah nanti aku cukurlah misai & janggut ni, baru nampak kemas sikit, buat masa sekarang ni, aku nampak macam komunis dalam hutan jerr,,, serabut gila,, semoga minggu depan nie akan memberikan nafas baru kepada cuti ini, dan dapat sedikit sebanyak menghilangkan perasaan hiba minggu ini dari diriku ini... P.S : tak tahulah kenapa, tapi tadi tetiba terfikir pasal Sukan Tahunan,, uihhh rindu gilerr!!!,,, malangnya lambat lagilahhh,,, xpe, aku akan bersedia untuk berkhidmat kepada sekolah pada hari itu,, lastly, LOVE YOU ALL!!!
wahh!!! walaupun minggu ni cuti sekolah, tapi aku rasa down gila!!! aku pun tak pasti kenapa,,, tapi memang aku sesangat down gila minggu ni, campur-campur pulak, minggu ni sangat "under the weather" a.k.a selesema, batuk, and sedikit demam. itulah sebabnya minggu ni, aku pergi dan balik sekolah jalan kaki, suruh hilang sikit penyakit2 ni,, macam2 terjadi kepada diri aku minggu ni, tapi aku tak nak cerita kat korang pasal tu,, biar sajalah.... P.S : kepada yang boleh bantu aku nie,,, ada ubat tradisional ke, apa ke, tolonglah bagi tau aku, sbb aku ni dah "under the weather" sejak 2-3 minggu dah nie, cuak gak takut "AIDS" ke, "HIV" ke, batuk kering ke, x pun denggi ke, manalah tau,,, lastly, TQ, and LOVE YOU ALL!!! :D