hmmm... hari ni, tergerak pulak hati aku nak menceritakan tentang "fairytale ending". ada lagi benda macam ni dalam zaman moden sekarang ni? ada lagi ke orang yang hidup dia memang terseksa giler, lepastu datang seorang mamat/minah yang akan membantu dia balik then happily ever after?? ada ke ? memang semua orang mengharapkan benda ini terjadi, tapi hakikatnya, memang benda ni tak wujud pun.. kita selalu mengharapkannya, selalu berfikir tentangnya, tapi akhirnya kecewa sebab tahu kenyataannya.. dari satu segi, memang fairytale ending nie sangat tak bagus, memberikan harapan palsu kepada seseorang itu, dan dalam sesetengah kes, mental breakdown, dan dalam kes serius : BUNUH DIRI... akan tetapi, ada juga aspek baiknya, iaitu, ia akan memberikan sifat optimis di dalam seseorang itu, walau seteruk mana pun keadaan itu, dan sentiasa positif menghadapi kehidupan
kesimpulannya :- benda ni bukannya takde, ada, so, sama2 lah kita berharap tuhan dah plan kan benda itu untuk kita... tapi, dalam berharap tu, kenalah berpada2,, takut nanti terbawak2, pastu jadi kes serius macam kat atas tadi.. :D
P.S : hmm... soalan basi.. jari camne ? hmm.. camtu jelah, lontar peluru ? kalah, dapat no.6 jer, harapan sekarang tarik tali sabtu ni jelahh....
ok, tadi, lepas balik sekolah tu, aku mandi, then tukar balutan dia dulu, yelah, darah x berhenti keluar, petang tadi pun tukar lagi sekali balutan tu, darah still keluar gak, tapi xde lah byk sgt macam tghhari td, tadi pulak, pergi klinik, doktor tu tgk jer jari aku, terus dia ckp,"kena jahit ni", dalam otak dah fikir macam2 dah... tp, nak wat camne, bkn salah org lain pun, salah aku gak gi pgang semua benda buat apa kan... kena bius, "3 bulan kebas punya" hahaha,,, first time kena jahit, sakit tak?? agak ah, xde ah sakit sgt, dah kata kena bius kann... kena tiga jahitan,, suka jer aku tgk jarum dia... besar elok jerr... :P
lepas tiga jahitan..
hmmm,,, skang ni pulak, dah mula rasa sakit dah, sbb bius dia dah mula menghilangkan kesannya....
P.S : kesimpulannya, jangan lah kita suka2 pegang semua benda, nanti jadi macam aku ni,.. nasib baiklah aku ni BSMM, kalau tak, tak tahulah aku apa aku buat,,,,
hmmm, hari ini hari khamis, 23 jun 2011, birthday BFF aku En.Andri Ansah, semoga kau panjang umur dan bahagia selalu.. tapi tujuan aku update ni bukan sebab itu, macam yang dicadangkan oleh tajuk kat atas tu, hari ni aku tercedera, teruk ke?? aku rasa tak, tapi dalam gak ah luka tu,, nak kebas dah jari aku ni,, macam mana jadi?? hmmm... hari ni, masa balik sekolah tadi ada pertandingan jejak sains, kira macam explorace lahhh, ok, masa tgh syok2 ber-jejak sains tuu, masa tgh berlari dekat depan tangga guru tu, ada satu selekoh tajam, aku pegang kat tepi koridor tu, mungkin ada paku ke, atau apa2 lah yg tajam dan merbahaya, kena kat tgn aku... siap aku rentap lagi tarik jari aku tu,,, mula2 tu rasa pedih jerr, pastu, tiba2 tgk tgn... haa!!! amik kau!! darah penuh,,, aku buat dek jerr dulu, nak bantu team aku, but then, menitik2 dah darah tu... aku pun turunlah pi basuh tangan, masa basuh tangan tuu... tuhan je lah tahu pedihnya,,, baru lah nampak sedalam mana luka tuu,, dalam gilerr,,, darah tak berhenti keluar...
lepas dibalut..
lepas cuci tangan tu, darah still keluar gak, naik atas, gi tempat cikgu Rozana, bukak kotak kecemasan, masa nilah team aku perasan yang tangan aku dah luka... afidz nampak jer tangan aku terus meremang bulu roma dia, liyana pun sama, tapi aku tak marahkan diorg sbb, diorg tu mmang x leh tgk darah punn, terus diorg turun, darah aku dah menitik menggila dah masa ni, shazlin pun ada kat situ gak, dia pun tolonglah balut luka aku tuu, THNX LIN!!! lpas balut tu, trus turun, basuh tangan dan sambung ber-jejak sains... sakit ke?? ntah lahh, tadi masa mula2 kena tu, memang pedih, tapi, lelaki kan, xkan lah nak memekik terlolong sakit,... ecececececececcec....
P.S : ok, sekali lagi HAPPY BIRTHDAY ANDREW!!!,,, pastu kepada semua yang nak menyertai jejak sains lain kali, jgn lah korang gi pegang2 semua benda, ataupun excited yg amatnya masa berlari, nanti jadi macam aku nii... :P
hmm... kenapalah aku asyik kalah jer dalam "permainan" itu, asyik tak boleh, asyik tak berjaya, asyik melepas, asyik terlepas, dan asyik hilang begitu sahaja. macam manalah aku nak berjaya dalam "permainan" ini?? orang kata practice makes perfect, masalahnya, aku asyik teruk je dalam "permainan" ini... tak tahu nak buat macam mana lagi... aku rasa, aku ni memang malang dalam "permainan" ini, memang takde skill, takde kepakaran, takde pengalaman... kalau permainan lain, memang senang aku kuasai, tapi "permainan" ini... susah betul... ntah macam mana orang boleh buat pun aku tak tahu, memang aku kureng bab "permainan" ini....
P.S : aku tak tahulah kenapa, tapi memang aku teruk dalam "permainan" itu.... :'( (nie post ke 50... )kejap jer masa berlalu, dah post yang ke 50....