Thursday, 16 June 2011

SIAL...

ok, hari ini aku agak frust sikit sebab salah seorang kawan aku telah dipukul oleh beberapa gengster pengecut takde k*t*, kalau nak pukul orang elok2 ah sikit, setakat serang jerr , apa barang.. dasar PENGECUT!!! berani lawan depan2 ah,, baru tahu jantan ke tak,, ni tak, gi serang orang, 4 lawan 1 apa barang derrr,,, baik korang balik rumah, potong jer k*t* korang tu, bagi makan anjing, lagi bagus, drpd korang bawak benda tu rata-rata, buat malu kaum adam jerr, ntah2 anjing2 tu pun tak terima korang punya tuu,,, HAISHH!!!! SIAL!!!!

P.S : kepada reader, tahan sikit eh bahasa kasar aku tu, tapi, memang aku marah giler ngan diorang tuu, sial betul!! lastly, <3 YOU ALL!!

Tuesday, 14 June 2011

KESIMPULANG...

ok, post aku hari ni akan berkisar mengenai cuti sekolah yang lalu ini. kesimpulannya, cuti 2 minggu ni, agak best dan dapat banyak merehatkan aku yang letih ini, minggu pertama tu, agak tak best lahh, sbb kena gi sekolah dan beberapa benda lain lagi, tapi minggu kedua tu, aku rasa memang best giler,, kerja nyer melepak jerrr, online FB, baca blog, main game ngan kawan, best lahh, sampai tak ingat langsung kerja sekolah,,, sepatah haram tak buat!! :P cuti pun terlebih dua hari, sampai hari ni.. hahaha. esok baru gi sekolah, ikut suka jerr ponteng kelass. aku ponteng sekolah pun bukannya sesajerr, balik kampung lah katakanggg... balik kejap jer, 5 hari, jumaat sampai selasa. ni pun aku baru sampai selayang jer ni.. mandi2, solat, terus online, ye lahh, rindu lah katakangg... :D ... balik kampung pun takdelah buat pape sangat pun. asyik tidor jerr, boleh lak time aku nak bergembira tu, nak demam pulak, tidor je lahh kerja nyer, sempat pun gi pasar jerr, tu pun kejap jerr. selain pada tu, xde pape lah yang aku buat kat sana, tapi overall memang best lah balik kampungg, walaupun kalah hari tu, tapi nak buat camne, adat pertandingan lah katakann. sekarang ni, aku risau giler pasal result aku nanti,, huishhh harap2 dapat lah capai target aku tuuu,, jgn fail banyak sudahlahh.... amin.
P.S : haishh, dah lama tak online nie, lupa pulak apa aku selalu buat masa online, short-term memory loss kann... esok nak gi sekolah pulakk... result2!! wish me luck... <3 YOU!!!

Thursday, 9 June 2011

KESIAN...

haishh, kesian aku tengok dia tu, sorang kawan aku ni, dia perempuan , kita panggil dia "Cik Malang", aku kenal Cik Malang ni x lama, ada lahh, dalam x sampai stengah tahun kutt, mungkin setahun, cerita dia macam ni, dulu aku ada gak suka dia ni, tapi, suka tahap suka jelahh, tak lebih dari tu, aku pernah bagitau dia pasal tu, dan dia terima biasa jerr, :P, ok, macam ni, dah nak dekat sebulan gak Cik Malang ni couple ngan balak dia, kita panggil dia "En.Balak", En.Balak nie, perangai agak teruk, isap rokok lah, dan berbagai lagi perkara buruk yang aku malu nak cerita dekat sini, okay, hari tu masa diorang couple, aku cuma happy jelah untuk diorang, yelah, org nak bercouple kan, kita sokong jelahh, mula2 tu takde pape pun,, aku dan semua orang pun fikir diorang tgh bahagia gilerr,, sampailah satu hari tu, Cik Malang ni, asyik post pelik2 kat FB, aku pun rasa pelik, jgn kata aku jer, semua rasa pelik, cakap x in love lah, tak suka lahh,, dan macam2 lagi, kebetulan pulak aku jumpa kawan aku sorang ni, kita panggil dia "En.Kawan", En.Kawan nie, dia agak rapat dgn Cik Malang, dan Cik Malang selalu mengadu pasal En.Balak kat En.Kawan, mcm2 dia citer, dia kata, En.Balak tu kapel je lebih, tapi selalu tak layan, mesej pun tak ikhlas, call x yah harap lahh,, jumpa? jauh sekali... kesian giler Cik Malang tuuu,,, bila En.Kawan citer kat aku pasal tu, aku rasa agak sedih, sbb En.Balak tu memang perangai cam tuuuttt tuhan jelah tahu, ada awek, tapi layan cam s1*l,, s1*l nyer En.Balak!! sejak hari tu, aku asyik fikir je pasal tu, dan kalau boleh, aku nak cakap kat Cik Malang tu, break je lah weyy,,, jantan ramai lagi kat dunia yg akan hargai kau tu lebih lagi berbanding dgn En.Balak s1*l tu,,, itu jelah nasihat aku kpd kau, bkn aku ada niat x baik, tp aku kesian tgk kau,, aku kalau boleh nak tengok kau bahagia di dunia ini, tak kiralah dengan sape pun...

P.S : kepada pembaca2 aku, jangan terasa heh, sbb aku tujukan ini kepada Cik Malang, dan bukan kepada korang, langsung takde kaitan dgn korang, dan kemungkinan besar giler yg amatnya bahawa Cik Malang, En.Balak, mahupun En.Kawan akan baca pun artikel, tujuan aku tulis artikel adalah untuk ceritakan kpd korang untuk diambil teladan, itu jerrr, TQ and love you all!!!

Wednesday, 8 June 2011

BESTIE...

ok, macam tajuk tu cadangkan, hari ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang dua orang bestie a.k.a BFF aku kat dunia ni, iaitu Andri Ansah, alah, sapa yang tak kenal dia kan?? orang paling HOTT kat Taman Selayang ni and some say Sungai Kertas... pastu yang kedua pulak ialah, Ayien, atau korang mungkin lebih kenal dia dengan panggilan Muhd Shaz atau Shazreen atau beberapa lagi lah nama dia tuu,,, ok, biar aku mulakan dengan yang pertama Andri...

                                                              Andri Ansah..
ok, aku jumpa dia ni, masa form 1 , kelas 1 Arif, muka dia memang agak berbeza ah dari yg skang ni, dulu dia macam chubby skit, tapi makin lama jadi kurus skit, gila kelakar gambar dia masa dlm majalah tahunan tahun tuuu,,, :P apa yang best pasal dia?? dia ni selalu menyokong aku nak buat benda, tak kiralah baik atau buruk, selalunya baiklahh,, pastu lagi satu, kalau time main bola, orang lain selalunya memang takkan pass bola kat aku, tapi dia tetap gak cuba pass bola tu kat aku, walaupun dia tahu aku ni agak berkaki bangku... THNX Andri!!!

                                                Ayien...

ok, citer pasal ayien plak, aku jumpa first time masa tahun lepas, hari first sekolah, dia baru pindah tahun lepas dari Darul Ehsan, mula2 tu memang aku agak anti ah dia ni, sbb perangai dia masa tu agak kejam skit, tapi makin lama tu, dia jadi makin baik and friendly, dia start jadi bestie aku thn nie, sbb utama dia jadi bestie aku, adalah sbb, dia ni pn sering menyokong aku kalau aku nak buat sesuatu, tak kiralah baik ke buruk, lebih kurang macam Andri gak ah, time main bola pun sama, aku tak tahulah apa mimpi diorang ni nak bagi aku bola tu, walaupun aku ni kaki bangku, jangan kata main bola saja, apa2 sukan je lah, diorang selalu ada membantu aku,,, kalau xde diorang ni, tak tahulah aku macam mana nak menempuhi liku-liku kehidupan di selayang ni,.. THNX Ayien and Andri!!!
P.S : terima kasih sesangatnyer Andri and Ayien sbb selalu membantu aku dalam hidup ni, aku harap kita boleh kekal macam ni sampai bila-bila,, Amin..

Tuesday, 7 June 2011

KUKU...

korang mesti tertanya2 kan, kenapalah tajuk pelik sangat, x , aku hari ini nak menceritakan serba sedikit tentang tabiat buruk aku iaitu, menggigit kuku. aku tak tahulah bila aku mula menggigit kuku, tapi yang pastinya bila darjah tiga tu, aku dah memang menggiler dah gigit kuku, (sebelum tu, aku isap jari, ntah kenapa tiba2 gigit kuku pulak). dulu aku tak keseorangan menggigit kuku, masa sekolah rendah dulu, ada sorang kawan aku ni, dia pun suka gak gigit kuku, tapi malang nya, dia dah meninggal dah... ramai gak orang yang tanya aku, aku gigit kuku ni, sengaja ke atau tak sengaja, aku pun tak tahu nak cakap macam mana, kadang2 tengah duk diam sesajer tu, tap!! kuku digigit, memang aku rasa, aku ni gigit kuku secara tak sengaja kutt, yang paling tension nyer masa bulan puasa,, hishhh, tengah diam blurr2 tu, tetiba, dgn x perasan langsung, aku gigit kuku, memang kadang2 aku tak perasan pun yg aku ni tgh gigit kuku, sampailah org lain tegur,,, malu jerrr... selalu gak dulu, orang2 tegur kata kotor, tapi aku buat dekk jerr, bukannya ada pape pun kat kuku aku, pernah sekali aku dirotan oleh ustaz aku sbb gigit kuku masa sekolah agama dulu, tapi sejak di sekolah menengah ni, orang dah tak tegur dah, cikgu2 pun buat dekk jerr... hari tu aku ada gak terbaca pasal gigit kuku ni, saintis tu kata orang yang suka gigit kuku ni, orang yg sering tertekan, aku tak tahulah betul ke tak, mungkin jugak kott, sbb tu aku gigit kuku.. ntahlah, hanya tuhan yg tahu... adakah aku akan tinggalkan tabiat "buruk" aku ini?? aku rasa buat masa terdekat ni, tak kott, susah kut nak buang sesuatu tabiat itu,, tgk lah dua tiga tahun lagi, mana tahu aku berhenti gigit kuku kerr?? ntahlah,, terpulang kpd Allah...
P.S : cuti2 ni memang membosankan, xde ilham nak buat apa2 pun... pastu lagi satu, korang perasan ke tak yang aku dah letak shoutbox kat tepi tu?? xde pn org yg nk menggunakan fasiliti tu,,, kemonlah.... :D LOVE YOU!!!
Domo-kun Cute