Wednesday, 8 June 2011

BESTIE...

ok, macam tajuk tu cadangkan, hari ini aku akan menceritakan serba sedikit tentang dua orang bestie a.k.a BFF aku kat dunia ni, iaitu Andri Ansah, alah, sapa yang tak kenal dia kan?? orang paling HOTT kat Taman Selayang ni and some say Sungai Kertas... pastu yang kedua pulak ialah, Ayien, atau korang mungkin lebih kenal dia dengan panggilan Muhd Shaz atau Shazreen atau beberapa lagi lah nama dia tuu,,, ok, biar aku mulakan dengan yang pertama Andri...

                                                              Andri Ansah..
ok, aku jumpa dia ni, masa form 1 , kelas 1 Arif, muka dia memang agak berbeza ah dari yg skang ni, dulu dia macam chubby skit, tapi makin lama jadi kurus skit, gila kelakar gambar dia masa dlm majalah tahunan tahun tuuu,,, :P apa yang best pasal dia?? dia ni selalu menyokong aku nak buat benda, tak kiralah baik atau buruk, selalunya baiklahh,, pastu lagi satu, kalau time main bola, orang lain selalunya memang takkan pass bola kat aku, tapi dia tetap gak cuba pass bola tu kat aku, walaupun dia tahu aku ni agak berkaki bangku... THNX Andri!!!

                                                Ayien...

ok, citer pasal ayien plak, aku jumpa first time masa tahun lepas, hari first sekolah, dia baru pindah tahun lepas dari Darul Ehsan, mula2 tu memang aku agak anti ah dia ni, sbb perangai dia masa tu agak kejam skit, tapi makin lama tu, dia jadi makin baik and friendly, dia start jadi bestie aku thn nie, sbb utama dia jadi bestie aku, adalah sbb, dia ni pn sering menyokong aku kalau aku nak buat sesuatu, tak kiralah baik ke buruk, lebih kurang macam Andri gak ah, time main bola pun sama, aku tak tahulah apa mimpi diorang ni nak bagi aku bola tu, walaupun aku ni kaki bangku, jangan kata main bola saja, apa2 sukan je lah, diorang selalu ada membantu aku,,, kalau xde diorang ni, tak tahulah aku macam mana nak menempuhi liku-liku kehidupan di selayang ni,.. THNX Ayien and Andri!!!
P.S : terima kasih sesangatnyer Andri and Ayien sbb selalu membantu aku dalam hidup ni, aku harap kita boleh kekal macam ni sampai bila-bila,, Amin..

Tuesday, 7 June 2011

KUKU...

korang mesti tertanya2 kan, kenapalah tajuk pelik sangat, x , aku hari ini nak menceritakan serba sedikit tentang tabiat buruk aku iaitu, menggigit kuku. aku tak tahulah bila aku mula menggigit kuku, tapi yang pastinya bila darjah tiga tu, aku dah memang menggiler dah gigit kuku, (sebelum tu, aku isap jari, ntah kenapa tiba2 gigit kuku pulak). dulu aku tak keseorangan menggigit kuku, masa sekolah rendah dulu, ada sorang kawan aku ni, dia pun suka gak gigit kuku, tapi malang nya, dia dah meninggal dah... ramai gak orang yang tanya aku, aku gigit kuku ni, sengaja ke atau tak sengaja, aku pun tak tahu nak cakap macam mana, kadang2 tengah duk diam sesajer tu, tap!! kuku digigit, memang aku rasa, aku ni gigit kuku secara tak sengaja kutt, yang paling tension nyer masa bulan puasa,, hishhh, tengah diam blurr2 tu, tetiba, dgn x perasan langsung, aku gigit kuku, memang kadang2 aku tak perasan pun yg aku ni tgh gigit kuku, sampailah org lain tegur,,, malu jerrr... selalu gak dulu, orang2 tegur kata kotor, tapi aku buat dekk jerr, bukannya ada pape pun kat kuku aku, pernah sekali aku dirotan oleh ustaz aku sbb gigit kuku masa sekolah agama dulu, tapi sejak di sekolah menengah ni, orang dah tak tegur dah, cikgu2 pun buat dekk jerr... hari tu aku ada gak terbaca pasal gigit kuku ni, saintis tu kata orang yang suka gigit kuku ni, orang yg sering tertekan, aku tak tahulah betul ke tak, mungkin jugak kott, sbb tu aku gigit kuku.. ntahlah, hanya tuhan yg tahu... adakah aku akan tinggalkan tabiat "buruk" aku ini?? aku rasa buat masa terdekat ni, tak kott, susah kut nak buang sesuatu tabiat itu,, tgk lah dua tiga tahun lagi, mana tahu aku berhenti gigit kuku kerr?? ntahlah,, terpulang kpd Allah...
P.S : cuti2 ni memang membosankan, xde ilham nak buat apa2 pun... pastu lagi satu, korang perasan ke tak yang aku dah letak shoutbox kat tepi tu?? xde pn org yg nk menggunakan fasiliti tu,,, kemonlah.... :D LOVE YOU!!!

Sunday, 5 June 2011

BINGUNG...

setelah seminggu, aku bagaikan tiada apa2, tiada benda yang terjadi dengan diriku, tiada apa yang signifikan pun yang berlaku kepada diriku, sama ada dari segi fizikal atau mental... tapi tiba2 hari ini,, aku berasa lain, ada deruan darah yang kuat dalam diriku, ada cetusan adrenalin yang tinggi menerusi saluran darahku, degupan jantung menjadi laju semacam, aku menjadi agak kemerahan, tapi bukan kerana aku marah, aku pun tidak tahu apakah ini, aku tidak tahu adakah untuk membenci perasaan ini ?? atau menerimanya dengan hati yang gembira, aku pun tidak pasti, apakah perasaan ini,, bingung sungguh aku dibuatnya...
P.S : entahlah kenapa, bukak FB tadi rasa mcm tu... but, i still LOVE YOU ALL!!! :D

Saturday, 4 June 2011

MASA...

oihhh,, kejap nye masa berlari terbang pergi,, hari ini dah hari sabtu, cuti yang asalnya 2 minggu, hanya tinggal lagi seminggu, dan dalam seminggu yang lepas ni, masa aku banyak dihabiskan dengan selesema dan batuk ku ini, kadang2 aku fikir aku ni dah tua agaknya,, asyik batuk2 jerr. kena pulak aku dah lama gila x cukur misai and jambang aku, nampak tua giler aku sekarang ni, rasa malas je nak cukur, alang2 dah cuti ni, buat dek je lahh, nanti nak dekat hari sekolah nanti aku cukurlah misai & janggut ni, baru nampak kemas sikit, buat masa sekarang ni, aku nampak macam komunis dalam hutan jerr,,, serabut gila,, semoga minggu depan nie akan memberikan nafas baru kepada cuti ini, dan dapat sedikit sebanyak menghilangkan perasaan hiba minggu ini dari diriku ini...
P.S : tak tahulah kenapa, tapi tadi tetiba terfikir pasal Sukan Tahunan,, uihhh rindu gilerr!!!,,, malangnya lambat lagilahhh,,, xpe, aku akan bersedia untuk berkhidmat kepada sekolah pada hari itu,, lastly, LOVE YOU ALL!!!

Thursday, 2 June 2011

DOWN...

wahh!!! walaupun minggu ni cuti sekolah, tapi aku rasa down gila!!! aku pun tak pasti kenapa,,, tapi memang aku sesangat down gila minggu ni, campur-campur pulak, minggu ni sangat "under the weather" a.k.a selesema, batuk, and sedikit demam. itulah sebabnya minggu ni, aku pergi dan balik sekolah jalan kaki, suruh hilang sikit penyakit2 ni,, macam2 terjadi kepada diri aku minggu ni, tapi aku tak nak cerita kat korang pasal tu,, biar sajalah....
P.S : kepada yang boleh bantu aku nie,,, ada ubat tradisional ke, apa ke, tolonglah bagi tau aku, sbb aku ni dah "under the weather" sejak 2-3 minggu dah nie, cuak gak takut "AIDS" ke, "HIV" ke, batuk kering ke, x pun denggi ke, manalah tau,,, lastly, TQ, and LOVE YOU ALL!!!   :D
Domo-kun Cute